5

48 5 0
                                    

NAURA masuk ke kelas dengan tatapan kosong dan menunduk. Dia langsung tidak menghiraukan tatapan guru yang tengah mengajar dan tatapan rakan sekelasnya. Dia menjeling Fatin sekilas yang nampak seperti risau tetapi dia endahkan. Dia menyuruh Fatin masuk ke kelas terlebih dahulu sementara dia pergi ke tandas.  Dia duduk di tempatnya sambil mengeluarkan buku. Dia terasa seperti ada sesuatu yang perlu dia lakukan tetapi dia langsung tidak ingat. 

"Bukan kau sepatutnya ada dekat dewan Ibnu Qayyum ke?",tanya rakan sebelahnya. Naura berfikir sejenak. Serentak itu namanya dipanggil melalui pembesar suara. Naura berdecit perlahan. Dia paling tidak suka orang memanggilnya menggunakan speaker. Dia bangun dengan perlahan dan mengangkat kepala. Semua tergamam. 

"Kamu okay Khaira? Kenapa dengan muka kamu?",tanya Hafiz selaku guru mata pelajaran Geografi tetapi tiada sahutan daripada Naura. Naura keluar tanpa kata. Fatin yang melihat itu mengangkat tangan meminta izin untuk menemani Naura dan diberi kebenaran. Dia menundukkan sedikit badannya tanda terima kasih dan terus keluar dari kelas. Sempat tangannya mengambil mask muka yang berada di dalam laci mejanya. 

"Khaira!!",panggil Fatin kuat. Naura berpaling ke belakang.

Kau ikut aku kenapa?",tanyanya. Fatin termengah-mengah dan cuba menstabilkan nafas bagi teratur. Naura tertawa kecil melihat keadaan Fatin bagai tidak cukup nyawa itu. Fatin mengangkat kepala dan memandang Naura dengan pandangan tidak percaya. 

"Kau ketawa Khaira? Weh kau comel bila ketawa",kata Fatin menyebabkan Naura bertukar riak menjadi dingin semula. Fatin menggaru kening tidak gatal. 

"Kau tak jawab lagi soalan aku",kata Naura. 

"Aku ikut sebab risaukan kau",jawab Fatin selamba. Naura berdecit perlahan. 

"Aku dah biasa. Tak payah nak bazirkan masa dan tenaga kau untuk risaukan aku. Aku tak perlukan simpati orang. Aku tahu jaga diri aku sendiri",balas Naura datar. Fatin mengeluh. 

"Aku tak simpati dekat kau pun. Aku risau sebagai kawan dan sebagai classmate",bidas Fatin membuatkan Naura mengguling mata ke atas. Mereka berjalan beriringan ke dewan dimana program tengah berlangsung. Fatin menghulurkan mask muka sebaik mereka sampai di pintu belakang dewan. Naura mengangkat kening. 

"Lebih baik kau pakai kalau tak nak banyak kena soal. Aku malas tengok muka berapi kau. Nak-nak kalau kau berperang mulut dengan Dian cikai tupai senget tu",kata Fatin lalu meninggalkan Naura di belakang. Naura menggeleng kepala dan memakai mask itu. 

Naura masuk melalui pintu belakang dewan manakala Fatin sudah terpacak di samping ketua pengawas unit kaunseling. Naura hanya mengangguk selepas Fatin mengangkat kening padanya. Tidak sampai 10 minit program berlangsung rata-rata sudah berbual tanpa menghiraukan majlis. 

Naura menghampiri satu kelompok lelaki dimana mereka ralit bermain game di telefon. Dengan selamba dia mengambil kesemua telefon tersebut. Sekolompok lelaki itu terkejut melihat riak dingin Naura dan membetulkan posisi duduk mereka. Naura berdiri tegak di tengah-tengah laluan antara lelaki dan perempuan sambil bersilang tangan. 

Naura menendang kerusi seorang pelajar perempuan yang tidur dengan posisi kepala diletakkan pada kerusi didepannya.  Fatin tertawa kecil melihat cara Naura. Naura ke depan dan mengambil mikrofon daripada Raifan. 

"1..2..3..4...5..6..7..8..9.. dan kau",panggil Naura sambil menunjukkan beberapa pelajar. 

"Bangun datang ke depan. Hadap yang lain. Aku nak seorang demi seorang ulang balik apa yang senior kau membebel dekat depan ni dari awal sampai akhir dalam masa 5 minit",arah Naura dingin. 

Sepi...

"Mana suara? Tadi aku tengok bukan masin rancak korang berbual dekat belakang. Suara tak payah cakap sama tinggi dengan mikrofon. Aku suruh ulang balik masing-maisng bisu",herdik Naura berang. Masing-masing menikus. Masing tidak berani bertatapan mata dengan Naura. 

"Hormat majlis. Unit kaunseling dengan disiplin buat program untuk korang susah payah tapi ni yang korang balas. Takde rasa tanggungjawab langsung dalam diri. Tunjuklah sikap yang baik bukan macam kau buat sekarang ni! Hargai sikit penat lelah cikgu-cikgu buat majlis ni untuk korang biar reti hormat dan berdisiplin. Sedar sikit ada tetamu luar dalam majlis ni. Jangan sampai aku humban dalam loji blok belakang!!",kata Naura kuat. 

"Kau Dian! Kau pengawas ketua untuk unit disiplin pelajar sepatutnya pantau keadaan. Tegur kalau ada yang berbual dan buat bising bukannya kau pun sama naik dengan dorang!! Yang lain pun sama! Pengawas buat cara pengawas. Jangan sampai aku tarik jawatan tanpa notis!! Penat sial larang pesan amaran benda yang sama! Kalau ni perangai korang baik tak payah jadi pengawas!! Aku pun tak perlu sakit kepala berfikir pasal korang!!",sambung Naura dengan nada tinggi tanpa menggunakan mikrofon. Masing-masing tersentak dengan suara Naura yang kuat. 

Hening. 

Naura menghela nafas panjang. Dia mengusap pipinya yang terasa sakit dek kerana jerkahan dia tadi. Dia lupa yang mukanya penuh dengan luka disebabkan rasa amarah. Naura memberikan mikrofon pada Raifan semula dan memberi isyarat supaya meneruskan program. Fatin mengangkat ibu jari menandakan bagus pada Naura. 

Rayyan mendekati Naura di sudut belakang. Dia mendongakkan kepala Naura perlahan dan membuka mask di muka Naura. Dia mengempal tangan kuat melihat keadaan muka Naura yang penuh dengan kesan luka dan lebam. Patut Naura mengusap pipi sebentar tadi kerana ada kesan luka yang agak besar di bahagian pipi berhampiran dengan mulut. Rayyan memakaikan semula mask di muka Naura. 

"Kau kena lagi ke pagi ni?",tanya Rayyan perlahan. Matanya liar memerhati pelajar-pelajar di dalam dewan sambil berpeluk tubuh di sebelah Naura. Naura hanya berdehem kecil sebagai jawapan pertanyaan Rayyan. Pipinya perit untuk membuka mulut. Rayyan mengusap kepala Naura yang berbalut dengan tudung lembut. 

"Jangan sentuh belakang. Sakit",pesan Naura dengan nada yang perlahan. Rayyan menurunkan tangannya dari kepala dan memandang Naura. Baru dia perasan yang Naura tidak bersandar kalau tidak Naura akan bersandar sambil berpeluk tubuh tetapi tidak hari tu. Naura berdiri dan menyilangkan tangan ke belakang. Itu bermakna teruk Naura dipukul. 

"Kenapa datang sekolah kalau keadaan teruk?",tanya Rayyan prihatin. Naura menoleh ke arahnya dan mengukir senyuman tawar. Dia tidak perlu menjawab soalan itu kerana Rayyan sudah sedia maklum dengan jawapan yang akan dia beri. 

"Balik nanti pergi klinik ya. Aku teman",kata Rayyan tetapi ditolak oleh Naura. 

"It's okay. Aku boleh pergi sendiri. Aku tak nak susahkan kau",kata Naura sambil tersenyum. Dia menempuk bahu Rayyan yang sedikit tinggi daripada perlahan-lahan. Dia tidak ingin menimbulkan masalah antara dia dengan Fatin. Dia tahu Fatin menaruh perasaan pada Rayyan sejak mereka menjadi pelajar rendah lagi. 

"Aku tolak sebab aku taknak orang tu salah tafsir antara kita. Jangan taruh perasaan dekat aku Yan. Kau akan dapat yang lebih baik daripada aku. Sorry to say but ada seseorang yang sukakan kau dalam diam dari dulu lagi. Aku takkan bagitahu kau sape tapi sekali kau dah jumpa siapa dia. Bahagiakan dia",kata Naura sebelum dia melangkah keluar dari dewan. Rayyan pula diam kaku sambil mencerna kata-kata Naura tadi. 

Happy reading✨ tq support ❤ abaikan typo😅

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now