43

56 5 3
                                    

UHUK! UHUK!

Naura menekup mulut dengan menekan dadanya kuat. Beberapa saat kemudian dia melepaskan tangannya yang menekup mulutnya lalu tersenyum nipis. Darah!

Dia membasuh tangannya yang penuh dengan darah itu dan merenung dirinya dari pantulan cermin. Sudah lama dia tidak batuk sehingga berdarah begitu sejak dia keluar daripada ward sebelum tinggal dengan ibunya.

Setitik demi setitik airmatanya jatuh. Dia masih lagi merenung mukanya di cermin yang terpapar halunasinya waktu dia masih kecil. Jelas di cermin itu dia nampak bagaimana dirinya hidup berseorangan tanpa kasih sayang ibu dan ayah. Bagaimana dirinya yang sering dipersalahkan disetiap keadaan dan orang sekeliling. Bagaimana dirinya dipukul setiap masa sebagai tempat pelampisan amarah.

Dadanya mencengkam sakit. Nafasnya mula tidak teratur bila halunasinya berubah dimana dirinya sedang ditendang kuat oleh seseorang lelaki. Tangannya naik mengusap tulang belakangnya yang terasa sakit akibat halunasi itu.

Dia jatuh terduduk di lantai bilik air. Kepalanya berpinar. Kakinya terasa lemah dek kerana halunasi yang tidak disengajakan itu. Dia cuba menstabilkan pernafasannya tetapi makin dicuba makin dia lemah. Dia kuatkan dirinya untuk bangun dan ke bilik. Dia menghentak kepalanya di kepala katil dengan perlahan sebelum hentakan itu semakin kuat.

TOK! TOK!

"Kakak? Kakak okay tak tu?"

Naura mendiamkan diri sambil memegang kepalanya yang memberat itu. Pertanyaan ibunya dari luar bilik langsung dia tidak hiraukan. Dia terpaksa balik ke rumah ibunya walaupun hatinya langsung tidak ingin balik ke rumah itu. Dia bangun dari pembaringannya dan membuka tingkap disebelah katilnya. Dia termenung disitu dengan airmatanya mengalir. Sedar tidak sedar dia tertidur di tingkap sehingga pagi.

Deringan telefon yang kuat membuatkan dia tersedar daripada tidur. Dia mengeluh perlahan apabila melihat darah semalam hasil daripada hentakan kepalanya di sarung batal. Dia mengusut rambutnya kasar tertekan. Dia bangun dan mengambil tuala dengan kasar dan menutup pintu bilik air kuat.

"Woi gila ke? Pagi-pagi dah buat bising. Aku nak tidur lah",jerit sepupu lelaki Naura tetapi dia endahkan. Dia merenung dirinya di cermin yang sama dan menumbuk cermin itu hingga berderai. Dia hanya membiarkan darah di tangannya mengalir.

Satu jam kemudian,dia keluar dari bilik air setelah pintu bilik air diketuk berulang kali oleh ibunya. Dia ke biliknya tanpa membalas teguran ibunya yang sedang menyiapkan sarapan di dapur. Dia bersiap untuk ke sekolah tanpa bersarapan.

Dia pulang ke rumah ibunya petang semalam dengan kereta sendiri jadi tiada masalah untuk dia ke sekolah. Masih terngiang-ngiang ayat pedas yang dilontarkan oleh adik beradik ibunya tentang dirinya. Sungguh dia menyampah dengan pandangan ahli keluarga ibunya yang bagi mereka apa yang dia lakukan itu tidak elok di mata.

Dia menghidupkan keretanya dan langsung meninggalkan rumah itu tanpa bersalaman dengan ibunya. Matanya melirik ke arah pergelangan tangannya yang terpakai dengan jam tangan dan jarum menunjukkan tepat pada nombor 5.30 pagi. Dia menukar lorong dari kanan ke kiri dan meluncur terus ke rumah yang diduduki oleh Eric,Naura dan Falica.

Dia menarik brek tangan dan termenung di dalam kereta. Otaknya menerewang ke dunia lain. Tangannya menyentuh tulang belakangnya perlahan. Walaupun sudah 3 tahun berlalu tetapi sakit itu masih terasa.

Ketukan cermin membuatkan lamunannya lenyap. Dia menurunkan cermin keretanya dan tersenyum nipis pada Mike. Jelas muka lelaki itu baru bangun tidur.

"Tak pergi sekolah ke?",tanya Mike dengan suara kasarnya. Naura keluar daripada kereta dan bersandar pada pintu kereta. Dia menggosokkan tapak tangannya sesama sendiri dek kerana angin pagi yang sejuk.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now