32

26 3 0
                                    

Naura tersedar dari lena apabila tubuhnya digoncang sedikit kasar. Dia membuka mata perlahan dan terpampang muka adik lelakinya,Faris. Dia bersandar di kepala katil sambil hilangkan mengantuk. Sejujurnya dia baru sahaja terlelap sekitar jam 3 pagi dek kerana insomnia.

"Bangun. Umi kata kau masuk sekolah hari ni. Cepatlah dah lewat dah",kata Faris. Naura bingung sebentar dan perlahan-lahan mengesot ke birai katil. Dia mencapai tuala di kerusi belajarnya dan terus ke bilik air.

"Cepatlah. Aku ada perjumpaan kejap lagi. Dah tahu lapor diri hari ni bangun lewat kenapa",bebel adik lelakinya. Naura hanya membuat tidak dengar. Tidak sampai setengah jam,Naura sudah siap lengkap berpakaian. Dan sekarang dia pula yang terpaksa menunggu adiknya yang kelam kabut mencari buku teksnya. Dia berdecit perlahan.

"Tadi aku dengar nak cepat. Ada perjumpaan lah itu inilah. Ni dia jugak yang siput",kata Naura di tangga luar. Dia meloloskan diri ke tempat penumpang bahagian belakang sambil bermain telefon.

"Cepat mi",sergah Faris di tempat duduknya sambil memakai stoking. Naura mendecit perlahan.

"Eh budak! engkau yang lewa asal kau nak sergah umi macam tu? Kau ke umi yang sekolah sekarang ni?",tegur Naura dari belakang dengan muka datarnya. Faris diam.

'Dia yang lambat nak marah-marah orang pula',gumam Naura perlahan. Dia menyambung bermain dengan telefonnya tanpa menghiraukan suara adiknya yang memekak.

Sekitar jam 7.30 dia dan ibunya sampai di sekolah barunya. Dia mengeluh perlahan sebelum turun dari kereta. Dengan perasaan yang bercampur aduk dia mengikuti langkah ibunya menuju ke pejabat sekolah. Riaknya hanya datar sahaja. Sedikit pun tiada senyuman. Pandangannya hanya menunduk.


Naura berjalan beriringan dengan guru kelas barunya di koridor sekolah tanpa mengangkat muka selepas selesai urusan di pejabat. Mereka berhenti di depan satu bilik yang rekabentuknya penuh dengan seni. Dapat dilihat deretan arca,lukisan,cetakan,ukiran dan pelbagai lagi hasil seni di dalam bilik itu. Dia memerhati keadaan bilik itu dengan pandangan tidak tertarik. Entah kenapa dia tidak begitu selesa dengan suasana ketika itu.

"Maaf cikgu menganggu. Kelas ni ada kedatangan murid baru",kata guru kelas Naura dan meninggalkan Naura kerana dia ada kelas lain. naura mengangkat kepala dan tersenyum nipis pada guru seni itu dan berubah datar semula.


"Silakan. Okay semua,hari ni korang dapat kawan baru. So perkenalkan diri",kata guru seni itu kepada Naura. Naura mengeluh perlahan dan memandang yang lain di hadapannya dengan tatapan kosong.

"Naura",kata Naura singkat. Sengaja dia tidak menyebut Khaira di hujung namanya. Baginya cukup mereka tahu Naura berbanding dengan Khaira. Matanya bertembung dengan seseorang tetapi dengan cepat dia alihkan pandangannya. Terjongket keningnya dengan senyuman nipis.


"Okay Naura. kamu boleh duduk di belakang atau mana-mana yang kosong. Kita sambung pembelajaran kita hari ni. Naura kalau ada yang kamu tidak faham boleh tanya yang lain ataupun cikgu ya",kata guru seni dan pembelajaran mereka pun berlangsung selama dua jam setengah.

"Menyampah aku dengan seni"


Naura tertawa kecil selepas mendengar rungutan Khaira. Sememangnya mereka tidak menyukai seni disebabkan beberapa sebab. Tangan Naura lincah menggambar satu potret di atas kertas yang sederhana besar depannya. Tumpuannya hanya pada lukisan potret tersebut tanpa menghiraukan keadaan yang bising itu.

"Wow pandai kau melukis"

Sontak tangan Naura langsung berhenti melukis. Dia mengangkat kepala dan matanya melilau mencari suara yang asing itu. Dia yakin suara yang menegurnya tadi bukan Khaira. Dahinya berkerut seribu apabila suara itu langsung hilang. Sekali lagi matanya bertembung dengan rakan sekelasnya. Dia tersenyum nipis dan menyambung melukis.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now