2

64 4 0
                                    

NUARA memerhati setiap sudut kantin dengan tatapan tajam. Tangannya pula diselup dalam poket seluar uniformnya dengan santai. Dia melangkah ke arah padang yang berhampiran dengan kantin selepas memantau keadaan kantin. Dia bersandar pada pokok sambil berpeluk tubuh. Dia melepaskan lelah disitu. Angin yang menampar wajahnya membuatkan dia tenang. 

Terasa sudah lama dia melayan perasaan di padang,dia mula ingin beredar tetapi tubuhnya jatuh tersungkur ke tanah. Dia meringis perlahan apabila lututnya berasa sakit di tempat luka apabila terkena batu. Dia menoleh ke belakang mencari siapa pelakunya. Dia berdecit perlahan apabila matanya menangkap wajah yang dia tidak ingin bertemu. Dia bangun berdiri dengan perlahan sambil menempuk-nempuk uniformnya yang terkena tanah. 

"Opss sorry sengaja",kata Dian dengan lagak divanya. Naura memandang Dian tanpa rasa ingin membalas kata-katanya. Dian mendekati Naura dan bersilang tangan tetapi dibalas dengan riak beku oleh Naura. Dian mengetap gigi geram melihat riak dingin Naura seolah-olah tidak terkesan dengan kata-katanya. 

"Aku rasa tugas kau dekat blok pelajar bawah untuk minggu ni. Yang kau ada dekat kawasan kantin apahal?",tanya Naura datar. Dian terdiam seketika.

"Curi tulang?",tanya Naura lagi. Lagi-lagi Dian diam. Naura mengukir senyuman sinis sambil mengangkat kening diangkat. Dia berura ingin berlalu tetapi dia terdorong ke belakang semula apabila tudungnya di tarik kasar oleh Dian. Naura berdecit perlahan. Dia memulas tangan ke belakang dengan kuat sekali gus genggaman Dian langsung terlepas. 

"Sakit sial",jerit Dian kuat sambil melepaskan genggaman Naura yang semakin ketat itu. Naura menggosok telinganya perit mendengar pekikan pontianak Dian. Naura menolak tubuh Dian di pokok dengan kasar. 

"Aku tak kacau kau jadi jangan sibuk nak cari masalah dengan aku. Aku boleh tarik jawatan kau sekarang juga kalau aku nak. Masa bertugas buat kerja bukan merayau membuli mengarah budak bawah sesuka hati moyang kau. Kau ingat kau sape?",kata Naura dingin. 

"Kalau dulu kau boleh buli aku tapi bukan sekarang. Aku yang ada jawatan tinggi pun tak berlagak diva macam kau. Masa bertugas buat kerja masing-masing bukan datang cari pasal dengan orang yang boleh lucutkan jawatan kau bodoh. Harap je duduk kelas Sains tapi bengap",bidas Naura sadis. 

Naura melepaskan kilasan tangan Dian. Dia memterbalikkan tubuhnya ke belakang dan menunjukkan muka bekunya. Tindakannya tadi mengundang pandangan pelajar lain dan guru-guru yang tengah berehat di kantin. Dia langsung tidak ambik peduli dengan pandangan mereka kerana mereka semua sudah memahami gerak-geri dirinya. 

"KHAIRA!!"

Naura dan Dian berpaling ke arah suara itu. Naura berdecit perlahan. Dia mula melangkah untuk meninggalkan kawasan itu tetapi tangannya dipegang oleh gerangan itu. Naura menghela nafas perlahan sebelum dia mengilas tangan itu kasar dan menendang kuat celah kelangkang gerangan itu. 

"Sebelum kau nak tuduh aku bukan-bukan,tanya awek kau tu dulu. Tak puas hati? Ramai saksi dan atas kepala kau tu ada cctv. Awek kau ni bukan betul sangat pun sama macam kau yang diperbodohkan dengan perempuan ni. Nak cari awek pun tengok lah perangai jugak bukan main petik sebab muka cantik je. Adab dan perangai pun biarlah secantik muka. Bukan sawan tak cukup perhatian",bidas Naura datar. 

"REHAT TINGGAL 5 MINIT LAGI! SIAPA YANG LAMBAT MASUK KELAS,50 PUSING SEKOLAH JALAN ITIK!",jerit Naura kuat sebelum dia beredar dari kawasan itu.

Naura tidak ke kelas kecuali ke rooftops. Dia bersandar pada palang besi yang ada disitu dan menghela nafas panjang. Dia memejam mata seketika dan secara tiba-tiba bayangan neneknya menerjah ruangan halunasinya. Lantas dia membuka matanya semula. Dia menekup wajahnya dengan tangan lama. 

Terasa ada sesuatu sejuk yang mengenai pipinya membuatkan dia membuka mata dan mendongak. Dia tersenyum nipis pada gerangan itu dan mengambil huluran air yang mengenai pipinya tadi. Dia membuka penutup botol air itu lantas meneguknya sehingga separuh botol. Rayyan yang berdiri  bersebelahannya tertawa kecil. 

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now