Syafiq dan Qalid berada dalam bilik kerja ayahnya. Mereka berdua menekur lantai apabila mata ayah mereka tajam menikam anak mata mereka. Walaupun Qalid tertanya-tanya kenapa ayahnya tiba-tiba mengarahkan mereka berdua balik ke rumah utama dengan segera.
PANG!
Qalid terkedu. Syafiq mengusap pipinya yang perit ditampar oleh ayahnya. Dia mengangkat kepala memandang ayahnya. Qalid bagai hilang kata-kata. Buat pertama kali dia melihat ayahnya bengis sebegitu rupa.
"Mana adab kamu bila bercakap dengan abang kamu?",tanya ayah mereka. Qalid mengerut dahi mendengar soalan ayahnya. Syafiq berdecit perlahan.
"Ni mesti abang yang lapor dekat abah. Tak habis-habis nak melapor. Syafiq bukannya budak kecil lagi. dia tu tiada hak nak mengatur hidup Syafiq. Dia tu perosak keluarga kita!",kata Syafiq dengan nada tinggi. Sekali kali Syafiq ditampar.
"Jaga percakapan kamu Syafiq Wardian! Abang tak pernah bercakap buruk pasal kamu depan abah. Apa hak kamu nak memburukkan abang depan abah!",sekali lagi suara ayah mereka memetir sehingga ibu tiri mereka masuk dalam bilik kerja ayahnya.
"Be nice to them husband",tegur ibu tiri mereka berdua. Syafiq memandang ibu tirinya lalu tersenyum sinis manakala Qalid terpinga-pinga sendirian. Ibu tiri mereka berdua atau lebih tepat ibu kepada Mike menghampiri mereka berdua. Dia menggosok kepala Qalid dan Syafiq lembut.
"Isu apa pulak kali ni sampai abah tampar kamu",lembut ibu tiri mereka bertanya. Dengan selamba Syafiq menepis tangan orang tua itu dan itu membuatkan ayah mereka ingin menampar lagi. namun ditahan oleh ibu tiri mereka.
"Kamu ada jumpa dengan abang ke?",tanya Puan Amelia lembut. Syafiq berdecit perlahan mendengar soalan ibu tirinya sementara Qalid hanya berdiam diri di sebelah ibu tirinya.
"Kenapa dia boleh ada dekat hospital Syafiq. Bukan abah cakap hospital tu milik Syafiq ke. Kenapa dia boleh buat sewenang-wenangnya dalam hospital tu!",teriak Syafiq tidak puas hati. Puan Amelia memandang suaminya dengan wajah kesal.
"I told you before",kata Puan Amelia senada. Encik Afiq melihat Syafiq dengan Qalid silih berganti. Entah apa yang dia fikirkan sekarang.
"Apa salahnya kalau abang handle hospital tu buat sementara kamu tamatkan pengajian kamu. Tak lama dah kan kamu nak gradute. So what's the problem?",tanya Encik Taufiq senada juga. Syafiq berdecit perlahan mendengar jawapan ayahnya.
"Sape abang?",sampuk Qalid selepas lama dia berdiam diri. Perkataan abang itu menarik perhatiannya untuk menyampuk. Daripada apa yang digaduhkan oleh abang dan ayahnya dia seakan boleh agak siapa gerangan yang di sebut abang itu.
Dia memandang satu persatu wajah keluarga dengan riak meminta jawapan. Syafiq pantas keluar dari ruangan ayahnya tanpa menjawab dan membalas pandangan adiknya. Berbeza dengan Puan Amelia. Dia merenung suaminya.
"Husband....",panggil Puan Amelia meleret tetapi diendahkan oleh suaminya. Qalid mengeluh melihat respon ayahnya.
"It's okey ibu. Qalid boleh cari sendiri. Harap jawapan itu tak mengecawakan Qalid. Qalid balik condo Qalid dulu. Selamat malam",kata Qalid lalu keluar. Namun matanya terpandang satu frame gambar dimana Mike juga berada dalam gambar itu.
"Wife kenalkan siapa ketua Mike?",Encik Afiq bersuara selepas kedua-dua anaknya keluar dari ruangannya. Puan Amelia mengangguk dengan perlahan. Encik Afiq menghadap dan membalas renungan isterinya.
"Ketua Mike pekerja Qalid. Husband tak terangkan pada Qalid sebab dia tak kenal siapa ketua mike yang sebetulnya. Wife pun tahu cara mereka bergerak. Kalau Qalid tahu siapa dia,tak ke nanti jadi isu. Walaupun Qalid akan cari maklumat semua tu sendiri tapi dia tetap takkan dapat sebarang maklumat tentang ketua Mike. Jadi biarlah masalah ni selesai dengan sendiri",sambung Encik Afiq. Sejujurnya dia sendiri agak gerun dengan cara kerja anak tirinya terutama sekali ketuanya. Cukuplah dia pernah sekali terkena dengan cara kejam itu.
YOU ARE READING
NAURA KHAIRA
Teen FictionNAURA KHAIRA Seorang gadis yang membesar dengan lingkungan keluarga yang serba sederhana atau susah. Dia membesar dengan neneknya sehingga menginjak remaja. Hampir 16 tahun dia hidup dengan penuh kesakitan dan memendamnya seorang diri. Dia hanya men...