"Ughhh boleh stress aku macam ni tengok semua benda ni..."rungut Eina teman sekerja Hanan.
"Kau kenapa?..."Hanan yang baru sahaja selesai memeriksa keadaan pesakitnya bertanya.
"Ni hah kau tengoklah tiktok aku ni semuanya sweet sweet belaka ni tak tahu ke aku ni bergula tanpa semut..."ditunjukkan kepada Hanan fyp tiktoknya yang dibanjiri dengan pasangan yang bercouple.
"Arghh kau propa je lebih kau pun ada boyfriend cakap macam takde boyfriend je..."Hanan menjulingkan matanya keatas tanda menyampah.
"Hihihihihi tu lain..."sengih Eina macam kerang busuk,wajah teman lelakinya muncul dalam fikirannya.
"Hensemnya boyfriend aku..."tersengih-sengih Eina dibuatnya.
"Ahhh sudah kalau gini gayanya alamatnya memang dah sampai dunia khayalan aku rasa..."dipandang Eina disebelahnya.
"Eina..."leret Hanan memanggilnya.
"Ya biy..."sambil tersenyum-senyum seorang diri. Hanan sudah menepuk dahinya sendirir.
"Woi!!.."jerit Hanan yang cukup membuatkan seorang gadis cantik bernama Eina terkejut.
"Ouhh mak kau terwoi woi..."melatah Eina.Hanan yang mendengar sudah pecah tawanya.
Eina membuat muka cemberut.Dipandangnya Hanan dengan tidak puas hati.
"Tulah berangan lagi pasal buah hati kan dah mendapat.Apa tadi 'ya biy'.."ejek Hanan.
"Diamlah Hanan Dahlia!!.."marah Eina.
"Dasar single..."dibalas Eina dengan muka yang mengejek.
"Single jangan main ehhh...."ugut Hanan.
"Dah single tu duk diam-diam.Dahlah aku nak pergi jumpa buah hati aku.Kau yang single ni duk sini diam-diam lepastu pergi lunch seorang-seorang sebab aku nak pergi lunch dengan buah hati aku.." berdas-das tembakan terkena tepat menembak hati single seorang Hanan Dahlia.
"Kau diam lah pergilah sana dating dengan Dr Hafeedz kau tu..."halau Hanan Dahlia.Untunglah member jumpa buah hati satu hospital sama pekerjaan pulak tu cuma lain departmentnya.
"Bye..budak single jangan menangis pulak sebab takde orang nak pujuk..."dengan lagaknya Eina keluar.
Melihat Eina sudah keluar,Hanan mengeluh seketika.
"Normal lah umur macam aku ni single lagi baru 25 kot,orang lain yang salah sebab kahwin muda sangat..."rungut Hanan.
"Plus salah jodoh aku sebab sesat jalan aku dah lama tunggu.Aku harap jodoh aku kalau tengah makan dia tersedak..."sambil berkata dia mengemas meja kerjanya.
"Uhuks...."air diambil kemudian diteguk perlahan bagi menghilangkan kesakitan akibat tersedak.
"Makan tu elok-elok kan dah tersedak..."
"Ada orang mengutuk aku ke ni?.."soal jejaka itu seketika.
"Jom lepak..."chat yang dihantar oleh Aqilah dibaca.
"On.."balas Ayuni.Jam dilihat tepat pukul 8.00 malam.
"Okay dekat tempat biasa..."kata putus diberi oleh Hanan.
"Korang punya buah hati ada sekali ke?.."soal Hanan.
"Of courselah ada.."balas Ayuni.
"Setuju!!.."sokong Aqilah di dalam chat.Hmphh alamatnya memang aku melihat drama sinetron lagi lah ni.
Kereta kunci diambil kemudian dia memandu ke restoran korea kegemaran mereka bertiga.Fuhh malam sabtu memang ramai oranglah jawabnya.
Masa yang diambil ke restoran korea itu mengambil kira-kira 30 minit dari rumah Hanan.Sampai sampai sahaja dia melihat dua rakan baiknya sedang melambai ke arahnya.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...