Kornea matanya yang kabur kian mencerah,dapat dirasakan seluruh anggota badannya sakit.Adam cuba membetulakan posisi badannya untuk duduk tetapi gagal.
Putera yang baru sahaja keluar daripada tandas, terkejut dibuatnya apabila melihat Adam telah sedar setelah hampir 2 minggu dia terlantar di hospital.
"Adam...."Putera berlari memeluk Adam dengan erat,bahunya terasa basah sedikit.Dasar cengeng punya Putera.Apalah nasib buah hati Putera dapat hati tisu.
"Kenapa kau tak elak hah gila?Kau memang dah lama hidup ke sampai berdiri tegak macam tugu negara dekat tengah-tengah jalan.Kalau kau tak hidup macam mana?.."
"Huwarghhhh..."
"Siapa yang nak teman aku pergi dating lagi..."
Lagi teresak-esak Putera menangis,nasib 2 minggu sahaja Adam koma kalau berbulan-bulan memang dia menetap terus dekat hospital ni.
"Perempuan yang selamatkan aku tu.."
"Macam mana..."perkara yang bermain di minda sebaik sahaja dia bangun adalah tentang gadis yang menyelamatkan dia haritu.
Kalau keadaan dia pun dah sebegini rupa, bagaimana dengan keadaan gadis itu?
"Perempuan?.."Putera berfikir sejenak,siapa aku kenal ke?perempuan mana yang Adam cakapkan ni?
"Ouhh yang tu..."Putera mengeluarkan sesuatu di dalam bagnya.Sebentuk cincin,nametag dan sebuah file.
"Apa ni?.."
"Masa aku siasat kes kemalangan kau haritu,aku jumpa cincin dengan nametag.."
"Aku syak ni perempuan yang kau mention tu.." Adam melihat dengan teliti sebentuk cincin yang diletakkan di hadapannya.
Cincin permata biru.
"Kau rasa ni perempuan tu punya ke?.."
Adam mengangguk menjawab pernyataan Putera. Dia yakin dengan memori yang berada di dalam kotak simpanannya.
"Kau dah siasat pasal perempuan tu?.."
"Dah boss,nama penuh dia Hanan Dahlia Binti Mohammad Hanaf,budak perempuan ni baru balik daripada Ireland belajar medic.Umur dia sama dengan kau..."
"Keadaan dia macam mana?.."cukup dia mengetahui serba sedikit tentang gadis itu.
Nak tahu lebih-lebih kena kahwin.Ehhh??
"Hmmm..."
"Kalau kau pun dah koma 2 minggu dia apatah lagi mesti lama punya..."
"Hah aku 2 minggu?.."terkejut Adam dibuatnya apabila Putera memberitahu sudah 2 minggu dia koma.
Fikir tidur dalam 2 3 hari sahaja.
"Iya ngek aku dah plan nak beli hospital ni terus.."
"Dah kau macam taknak bangun bangun sahaja.."
"Perempuan tu dekat mana?Aku nak tengok.."
"Memang taklah dia dekat ICU,haritu aku check rekod kesihatan dia boleh tahan teruk jugak keadaan dia daripada kau.."
"Tapi aku nak.."
"Kau jangan risau aku dah orang tengokkan perempuan tu.."
"Nanti kau dah sembuh pergilah tengok dia.."
Adam hanya mendiamkan diri tapi dalam hatinya sangat ingin berjumpa dengan gadis itu.Tidak tahu mengapa tapi...
"Kau dah jumpa ke driver yang langgar aku tu.."
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...