Bidadari 30

1.4K 41 33
                                    

Hatinya bertambah gelisah apabila melihat rumahnya kelihatan gelap gelita tambahan tiada seorang pun bodyguard yang menjaga rumahnya. Dasar pengkhianat!!

"Aku rasa diorang dah plan lama ni.."

"Kitorang pergi dulu lepastu baru kau masuk dalam.."

"Kau nak lalu pintu belakang ke depan?.."soal Ezrieq lebih kepada memberi arahan.

"Aku lalu pintu belakang.."

Dia yakin sistem rumahnya sepenuhnya telah dihack,hanya ada satu laluan sahaja yang boleh dia masuk ke dalam rumah dengan selamat dan tanpa disedari iaitu laluan rahsia.

"Aku gerak depan,kau gerak belakang.."Tengku Rayden menutup separuh mukanya menggunakan topeng.

"Kitorang gerak dulu,adik tunggu kitorang bagi arahan.."setelah berkata begitu,Tengku Rayden dan Ezrieq keluar daripada kereta.Ezrieq memanjat pokok yang berdekatan dengan pintu belakang manakala Tengku Rayden bersembunyi di semak samun berdekatan dengan pintu pagar bahagian depan.

Hujan yang kian melebat seolah mengetahui isi hatinya ketika pada waktu itu.Hatinya penuh dengan pengharapan agar isterinya dalam keadaan yang selamat walaupun dia mengetahui peratus isterinya untuk selamat itu rendah.

Dari jauh dia boleh lihat,beberapa orang berpakaian suit hitam sedang menjaga pintu pagar depan dan pintu belakang rumahnya.

Beberapa minit memerhati,seorang demi seorang tumpas terkena tembakan daripada Ezrieq dan Tengku Rayden.Earphone di telinga mengeluarkan suara

"Line 2 clear.."

"Now.."suara Ezrieq kedengaran memberikan arahan,Adam tidak menunggu lama kakinya terus melangkah keluar daripada kereta.

Sepantas yang mungkin Adam berlari menuju ke pintu belakang rumahnya walaupun hakikat kakinya tidak berdaya untuk berdiri.

Dinding berbatu-bata ditekan olehnya,password dimasukkan sebelum sebuah pintu muncul disebalik dinding.Tangga dituju olehnya,laluan rahsianya ini akan membawanya ke bilik kerjanya yang berada di tingkat 2.

Pintu bilik kerja dibuka dengan perlahan-lahan mengelakkan sebarang bunyi dikeluarkan.Sebaik sahaja pintu bilik kerjanya terbuka,matanya dapat menangkap cecair-cecair darah di atas lantai.

Tak,tak mungkin..

Tak..

Isterinya pasti berada dalam keadaan yang selamat..

Hati tidak seiring dengan anggota badan,semakin dia menafikan keadaan isterinya tetapi kakinya bergerak mengikut jejak langkah kesan daripada cecair-cecair darah itu.

Hampir rebah dirinya di situ apabila melihat susuk badan berpakaian hitam sedang berdiri di tengah-tengah tangga sedang melihat isterinya yang sedang berlumuran darah terbaring lemah di tangga yang paling bawah.

"Sayang.."gumam hatinya perlahan,air mata mengalir tanpa sedar.

"Kau dah mati ke?Awalnya kau mati?.."

"Tak syok ahh gini.."

"Kau patutnya rasa sakit dulu baru mati.."

"Biar terseksa.."lelaki itu bergerak dekat dengan tubuh Hanan,dicengkam kuat muka gadis yang berada di hadapannya.

Belum sempat dia ingin menumbuk wajah gadis itu, badannya terpelanting ke arah tepi.

Adam yang menendang dengan kuat badan lelaki itu dari arah belakang.Ditendang kuat di bahagian perut dan kemaluan lelaki itu.

"Kau nak apa lagi hah dengan aku?.."jerkah Adam dengan kuat.

Lelaki itu memandang ke arah Adam dengan pandangan yang tajam,dia ingin menyerang Adam dengan mencuba untuk menumbuk wajah Adam.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now