Hanan menyimpan card-card yang disertakan bersama bouquet yang dia dapat ketika berada seminggu di dalam hospital.Dia masih tidak mengetahui tentang identiti jejaka misteri itu.
Tipulah jika hati wanitanya tidak terusik dengan tindakan daripada jejaka misteri itu tetapi malangnya hatinya tidak masih dalam keadaan yang sembuh dengan sempurnanya.Jika benar dia ialah orang yang tepat hadirlah ketika sudah bersedia dan pada waktu yang tepat.
Hati manusia itu seperti kaca mudah retak dan pecah tidak semua hati mempunyai ketebalan kaca yang sama biarpun luarannya nampak tebal dan kukuh.Jangan berikan hati kita kepada seseorang jika masih dirawat ataupun belum sembuh kerana tidak layak seseorang itu menerima dalam keadaan hancur berkecai sedangkan dia datang membawa ubat.Berikan kepada seseorang apabila ianya hampir sembuh dan kembali pulih.Barulah tidak akan menyakiti dan perlu menerima rawatan dalam keadaan yang parah lagi.
Setiap tulisan yang tertulis cantik di atas card semuanya berbentuk quotes baginya.
"Living a life worth capturing.."
"Wherever life plants you,just bloom with your own version.."
"Your mirror is lucky to have you as reflection.."
"You were the exact poem I wanted to write.."
"You are the reason I smile.So don't worry you have me in this cruel world.."
"Never ever invest your feeling to someone who doesn't know your existence.."
Bagi seorang Hanan Dahlia kata-kata daripada jejaka misteri itu amat bermakna.
Apabila difikirkan semula,jejaka itu seolah-olah tahu apa yang sedang dihadapi olehnya.
Jiwa yang sedang memberontak,hati yang sedang hancur berkecai dan diri yang tidak mampu memberikan kerjasama.
Kerana kehidupan bukanlah terlalu indah adakalanya menyakitkan dan menjatuhkan dia yang hanya seorang manusia biasa kedalaman yang sangat dalam.
Sebanyak 105 kuntum sunflowers diterima sepanjang seminggu dia berada di dalam hospital ia hanya jejaka itu sahaja sebagai pengirim.
Khayalannya terhenti apabila bunyi tapak kaki milik abangnya kedengaran.Bag-bag yang sudah tersedia di atas katil diangkat oleh Harif.
Matanya memandang ke arah tangan abangnya yang kosong.Tiada ke untuk harini?
Untuk kali yang terakhir?Sedikit hampa muncul di dalam hatinya..
"Tiada ke?.."soal Hanan secara tiba-tiba membuatkan dahi milik Harif berkerut.
"Hmm tiada apalah.."
"Adik tunggu bunga daripada orang tu ke?.."
"Mana ada.."bantah Hanan,malu ahh kantoi busuk macam ni.
"Tak salah berharap.HAHAHAHAHAHA.."
"Dahlah jom lah kita gerak.."Hanan dengan gelabahnya mengambil tongkat kakinya.Kaki dah bersimen nyah nak taknak kena pakai jugak.
Harif menolong adiknya untuk berjalan.Hanan memandang ke arah pintu bilik wardnya semula dengan teliti mana tahu ada ke kan?
Ishh jangan berharap boleh tak?Dah takde tu takde jelah.
Hanan sampai ke kaunter untuk check out daripada hospital.Kau fikir hospital tu hotel ke?Mentang mentang dah menatap dekat situ nak dekat 3 minggu.
"Cik Hanan ni ada bunga untuk cik Hanan.."seorang jururawat yang berada di kaunter menghulurkan bouquet of sunflowers kepadanya.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...