Before baca this chapter you guys kena tengok dan dengar lagu di atas ya sebab saya dah bagi sikit-sikit hint untuk emosi anda semua hihihihi.
Kalau 2 chapter semalam dah rasa roller coaster hari ni mungkin lagi bertambah roller coaster."Sayang!!.."masuk sahaja ke dalam rumah mereka, isterinya menjadi perkara utama yang dicarinya.
"Sayang!!.."panggil Adam sekali lagi apabila kelibat isterinya di tingkat bawah tiada selalunya ada sahaja tengah temenung,baca novel atau tengok
k-drama.Adam berlari naik ke tingkat atas untuk mencari isterinya,bilik tidur mereka menjadi kakinya melangkah.Diperiksa barang peribadi isterinya di seluruh ruang bilik tidur mereka,tidak mahu berburuk sangka atau membuat tafsiran awal akan kehilangan isterinya.
Nafas dihembus lega apabila iphone dan purse milik isterinya masih ada di dalam bilik tidur mereka. Kalau takde dalam dekat tingkat bawah dengan bilik, isterinya kemana pulak?
Matanya dipejam rapat meminta bantuan akal dan firasat hatinya untuk membantunya mencari isterinya.Dia yakin dia mempunyai satu hati dan jiwa dengan isterinya,kemana isterinya berada pasti akan dirasai olehnya.
Selepas beberapa saat memejamkan matanya, matanya menghala ke arah pintu tandas.Tidak ingin membuat masa kakinya terus berjalan menuju ke arah tandas.
Hatinya terasa berdebar saat tangannya memegang tombol pintu tandas apabila dipulas berkali-kali pintu masih tidak terbuka.Jangan cakap yang isterinya betul-betul berada di dalam tandas pada waktu ini..
Tangannya mengetuk kuat pintu tandas mereka, memanggil isterinya berkali-kali...
"Sayang!!.."
"Buka pintu ni!!.."
"Sayang!!.."
Makin bertambah gementar dibuatnya apabila isterinya dari tadi tidak menyahut panggilan daripadanya.Kunci pendua pintu tandas dicari di dalam laci,setelah menjumpai kunci pendua Adam terus membuka pintu.
"Sayang!!.."jantung seakan berhenti berdetak apabila melihat isterinya tersandar tidak menyedarkan diri.
Kepala Hanan terus dipangku di atas ribanya,botol ubat yang berada di sebelah isterinya diambil.
'Antidepresi Pills'
Pipi isterinya yang terasa sedikit dingin disentuh perlahan,air matanya yang menitik di atas wajah isterinya dikesat perlahan.
"Sayang bangunlah sayang.."
"Maafkan hubby,maafkan hubby.."
"Sayang tak kesian ke dekat hubby?.."
"Hubby penat sangat sayang.."
"Hubby penat..."
"Hanan overdose ubat penenang.." Bella merupakan pakar psikiatri yang merawat Hanan berkata selepas selesai IV drip diberikan kepada Hanan.
"Nasib you jumpa Hanan awal kalau lambat mungkin kondisi Hanan lebih teruk.."
"You dah tahu ke keadaan Hanan macam mana?.."
Adam mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Bella.Bella tidak langsung merasa kekok kerana dia menganggap Adam hanya sebagai suami kawan baiknya sahaja.
Hanan,Eina,Bella dan Thia merupakan sahabat baik di hospital mereka berkerja.
"Nah.."Bella menghulurkan sepucuk surat kepada Adam.Adam memandang pelik ke arah surat yang berada di hadapannya.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...