EID-RAYA

788 33 0
                                    

Tangisan daripada Danelliya yang dari tadi tidak henti merunsingkan Adam dan Hanan.Danelliya masih berada dalam dukungan mommynya sejak 20 minit yang lalu..

"Bagi Danelliya dekat hubby,sayang pergilah tidur dulu.."kesian Adam melihat isterinya dari tadi memujuk dan mendodoi puteri mereka.

"Takpelah baru beberapa minit sayang dodoikan Danelliya,hubby pergilah rehat dulu.."jam menunjukkan sudah jam 1.30 pagi.

"Sayang pergi tidur dulu ya lagipun esok pagi sayang kena masuk hospital awal.."dengan berhati hati Adam mengambil Danelliya daripada dukungan isterinya.

"Tapi..."

"No tapi tapi sayang,sekarang ni sayang pergi tidur dulu ya..kejap lagi kita kena bangun balik nak sahur.."Adam menolak perlahan-perlahan isterinya ke arah katil.

Walaupun dirinya sendiri pun sudah tidak dapat menahan ngantuk.Tersengguk-sengguk Adam dibuatnya ketika mendodoikan anaknya dari tadi tidak terlena pantang Adam berhenti mendodoi suara tangisan Danelliya mula kedengaran.

"Mommy tengah tidur tu princess.."

"Takmo lah nangis nangis kesian nanti mommy terjaga nanti.."

"Esok mommy kena bangun awal nak pergi work.."

"Princess daddy ni kan baik.."ditepuk perlahan punggung Danelliya dengan keadaan mata yang tertutup.

















🌙

Bunyi alarm yang dari tadi tidak berhenti menyedarkan Hanan yang sedang lena dibuai mimpi.Iphone yang berada di almari kecil disebelahnya diambil.

Jam digital yang tentera di lock screen dilihat.Ouhh baru pukul 5.56 pagi,takpelah boleh sambung tidur lagi.

Baru dia ingin melelapkan matanya semula,sistem saraf di bahagian kepala berfungsi dengan baik..

Haa?pukul 5.56 pagi?

Kelam kabut dia bangun dari tidurnya..suaminya yang sedang tidur secara duduk di hujung katil dipandang olehnya.

"Hubby,hubby bangun dah pukul berapa ni.." dikejutnya Adam secara tergesa-gesa.

"Sayang,hubby tak larat nak bangun hubby nak tidur.."

"Hubby taknak pergi kerja harini..."dalam keadaan mamai Adam berkata kepada isterinya.

"Hubby bangun kita kena sahur dah pukul 5.58 dah ni.."

"Kita dah lewat dah ni nak sahur takut tak sempat.."

"Sayang....."mendengar sahaja perkataan tak sempat terus segar mata Adam.

"Kita ada lagi 5 minit je ni nak sahur harap sempat lah..."

Mereka yang baru ingin membuka pintu bilik terhenti apabila tangisan Danelliya kedengaran.Adam dan Hanan pun macam nak menangis sekali apabila mendengar tangisan Danelliya.

Adam bergerak ke katil dan secara berhati-hati mendukung Danelliya supaya tidak terjaga.Mereka bertiga bergerak ke tingkat bawah.

Hanan bergerak ke dapur manakala Adam bergerak ke ruang tamu untuk meletakkan Danelliya di dalam baby coat terlebih dahulu.

Kerana tidak sempat untuk menyediakan apa apa juadah pun,Hanan mengambil keputusan untuk menyediakan roti jem sahaja.Jam sudah menunjukkan pukul 6.01.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now