"Huaa penatnya.."Hanan membaringkan badannya di atas katil.Jam menunjukkan pukul 8 malam, sekarang dia dan Adam berada di hotel untuk memudahkan urusan majlis perkahwinan mereka esok.
Aipp tiada maknanya mereka satu bilik.Ummi cakap kena ikut pantang larang orang tua supaya seri pengantin tak hilang.
Lurve gila dekat ummi sebab asingkan bilik mereka berdua kalau tak mahu esok dia jadi panda mata gelap.
Sedang Hanan merehatkan diri,pintu bilik hotelnya diketuk.Tudung sarung diambil kemudian dipakai sebelum menuju ke arah pintu.
Siapa pulak yang datang malam-malam ni
"Siapa?.."soal Hanan pendek.
"Suami Cik Hanan Dahlia.."balas pemilik suara disebalik pintu.
Wait the minute laki aku ke tu?
Dia nak apa?Kalau tak buka takpe ke?
Tapi tu laki aku berdosa kalau tak buka..
Setelah berperang dengan dirinya sendiri,Hanan membuka pintunya jugak.
Wajah Adam yang sedang senyum manis menghiasi kornea matanya.
Pliss jangan senyum macam ni lama-lama polar bear depan awak ni boleh cair.
Hanan yang memandang Adam tanpa bertanya apa-apa menunggu jejaka itu bercakap dahulu.
"Jom teman saya makan boleh?.."pinta Adam.
Hah?Nak makan sekali?Berdua sahaja?
Soalan itu hanya mampu diungkap di dalam hati saya.
"Err tapi saya ta..."belum sempat Hanan menghabiskan percakapan suaminya memotong.
"Jomlah teman saya,kesian saya makan seorang- seorang..."nada memujuk dilontarkan oleh Adam.
Hanan memandang ke arah Adam kemudian memandang ke arah dirinya.
Seluar trek,baju belang warna putih biru plus tudung sarung warna biru pastel.
Aaaaa,gila ke nak keluar makan macam ni?
"Tapi saya tak bawak baju lain.."niat dia memang nak tidur sahaja kat hotel ni.
Plan nak buat maggi sahaja kalau lapar.
Adam yang mendengar bicara isterinya memandang isterinya atas bawah.
"Kenapa?Saya tengok okay dan comel je awak pakai..Awak jomlah teman saya.."
"Takpe ke?.."iyelah kot-kot dia nampak aku selekeh ke aku dahlah tak kenal dia lagi.
"Iya,awak nampak comel dengan cantik.."pipi Hanan bertukar menjadi tomato apabila mendengar pujian daripada Adam.
"Jom?..."Adam terkejut apabila Hanan dengan pantas menutup pintu.
Adam mencebik bibirnya.Rasa nak menangis kena reject dengan isteri sendiri.
Takpelah tidur jelah nanti kenyang lah...
Kaki Adam ingin beredar dan ingin memasuki biliknya semula.Pergerakan terbantut apabila pintu bilik Hanan terbuka semula..
Hanan yang sudah siap dengan membawa handbagnya memandang ke arah Adam.
Adam mengukir senyuman,tanpa segan silu dia memegang tangan isterinya menuju ke arah lift.
Seketul Hanan Dahlia apa lagi menggelupurlah kat situ.
"Saya ingat awak taknak ikut baru nak masuk bilik balik.."Adam bersunyi di dalam kesunyian lift.
Hanan memandang ke arah lantai lift kemudian berkata
"Sorry.."
"Takde apa lah ni awak nak teman saya pun dah cukup membahagiakan dah.."diusap lembut jari- jemari isterinya.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...