Bidadari 33

1.2K 37 37
                                    

"Sayang,makanlah sikit.."

"Isi perut sikit.."

"Bukan ada apa-apa pun dalam perut saya.."balas Hanan dengan nada dingin.Adam mengeluh perlahan memahami apa yang disampaikan oleh isterinya.

"Nanti sayang sakit macam mana?.."

"Makanlah sikit.."pujuk Adam,sudu berisi nasi disuakan kepada isterinya.

"Kalau saya sakit pun bukan masalah awak.."

"Saya tak minta pun awak pedulikan saya.."

"Please,sayang.."

"Makan sikit pun jadilah.."Adam terlebih dahulu memotong percakapan isterinya.

"Kalau saya nak makan,saya makanlah.."

"Tak perlu nak paksa-paksa saya makan.."

"Hubby janji lepasni hubby tak kacau sayang dah.."

"Tapi sayang kena makan dulu.."

"Kalau tak hubby tunggu dekat sini sampai sayang makan.."

"Sikit pun jadilah.."Adam mendekatkan sudu ke arah mulut isterinya.

"Kan saya cakap taknak makan.."

"Taknak makanlah!!.."ditepis kasar tangan Adam sehingga sudu yang berada di tangan Adam terpelanting.

Ting!

"Hanan Dahlia!!!.."nama disebut dengan intonasi yang tinggi membuatkan Hanan diam terkaku.

"Mana adab adik dengan makan hah?!.."Harif yang baru sahaja masuk ke ruang dapur meninggikan suara kepada adiknya.

"Dah tak pandai nak hormat suami sendiri.."

"Dengan hormat rezeki depan mata ke?!.."

"Abang Arif.."Adam yang sedang mencangkung di lantai menukar ke posisi berdiri.

"Abang tanya ni Hanan Dahlia!!.."

"Jawab!!.."dia tak boleh menahan lagi kesabarannya apabila melihat adiknya berkelakuan buruk seperti itu.

"Abang suruh jawab bukan diam!!!.."tengking Harif apabila melihat Hanan masih membisu tanpa mengeluarkan sebarang kata.

Adam yang ingin memberhentikan abang iparnya terbantut apabila kakak iparnya menarik hujung bajunya keluar daripada dapur.

"Sejak bila adik tak boleh terima takdir yang Allah dah bagi?!!.."

"Sampai nak jadi macam ni..."

"Answer my questions,Hanan Dahlia.."Hanan tahu dia berada di dalam masalah apabila abangnya telah memanggilnya dengan nama penuh.

"Abang takkan faham.."lawan Hanan,air matanya mula mengalir deras apabila ditengking sebegitu oleh abangnya.

"Abang takkan faham.."

"And then bagitahu macam mana untuk abang faham.."

"Abang takkan faham sebab abang tak pernah rasanya kehilangan seorang anak.."

"So tak payah nak sibuk nak faham kalau abang tak pernah rasa.."Hanan terus berjalan keluar meninggalkan Harif yang terpinga-pinga.

"Hanan Dahlia.."

"Abang tak habis cakap lagi.."jerit Harif daripada dapur,laju sahaja kakinya ingin mengejar langkah adiknya.

Ezza menahan tindakan suaminya,kepalanya digelengkan.Adam terlebih dahulu mengejar langkah isterinya naik ke tingkat atas.

Masuk sahaja di dalam bilik,Adam melihat isterinya sedang menangis di hujung katil.Kakinya melangkah rapat dengan isterinya.

"Keluar..."

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now