"Ala awak pakai baju warna lain tak sama dengan saya.."Adam memandang ke arah baju t-shirtnya yang berwarna hitam.
"Kejap tunggu saya tukar baju.."Adam membuka luggagenya mencari baju t-shirt berwarna biru.
"Ada pun baju sama dengan awak,yeayy.."baju t-shirt terus ditukar dengan yang berada di tangannya.
"Baru nampak macam pasangan suami isteri yang baru berkahwin.."
"Dah jom sayang,kita pergi jalan-jalan.."bersama dengan mood yang ceria Adam memegang tangan isterinya.
"Awak nampak cantiklah,sweetie.."Hanan yang mendengar itu memandang ke arah suaminya.
"Kalau hari-hari kena puji macam ni mahu kembang hidung aku setiap masa.."kata Hanan perlahan.
"Awak ada cakap apa-apa ke?.."soal Adam,wajah isterinya dipandang.
"Takde apa-apa.."balas Hanan meyakinkan suaminya.
Perjalan yang mengambil kira-kira 30 minit daripada hotel mereka,akhirnya mereka sampai.
Hari minggu membuatkan sekitar Ipoh itu sesak dengan ramai orang.
"Jangan lari jauh-jauh daripada saya tau,takut isteri saya hilang.."digenggam erat tangan isterinya.
Sebaik sahaja masuk ke dalam pasar di Ipoh,Hanan terkesima melihat kawasan sekelilingnya.
"Awak,cantiknya.."tanpa sedar Hanan membuka mulutnya bercakap dengan suaminya.
"Awak pergi berdiri kat sana,saya nak ambil gambar awak.."ditolak isterinya ke arah ood baginya.
"Ehh taknak.."tolak Hanan,badannya dikeraskan.
"Sayang.."lembut sahaja Adam memujuk.Hanan akhirnya akur.
"1.."
"2"
"3"
"Awak posing.."Hanan membuat pelbagai gaya yang boleh dipamerkan.
"Cantiknya isteri saya ni.."ditunjukkan gambar yang diambilnya kepada isterinya.
"Awak pula berdiri kat situ.."Hanan pula yang mengarah suaminya.
"Taknak.."Adam menggelengkan kepalanya,Hanan memandang ke arah suaminya.
Ditolakmya Adam ke tempat yang dia mengambil gambar tadi.
"1.."
"2..."
"3.."
"Smile.."tadi cakap taknak tapi banyak jugak posing suami dia buat.
"Handsome tak saya,sayang?.."Hanan membuat tidak tahu mendengar soalan Adam.
"Awak,handsome tak saya?.."soalan Adam sekali lagi.Dipandang wajah isterinya lama...
Belum sempat Hanan menjawab,iphone milik Adam berbunyi.
"Ishh kacau line lah.."rungut Adam,panggilan telefon diangkat olehnya.
Isterinya dibawa ke tepi,Hanan hanya mengikut langkah suaminya.Sedang suaminya berbual, gallery dibuka semua gambar yang diambilnya tadi dilihat.
"Hohohohoho hensemnya laki aku.."mengeletis Hanan Dahlia di dalam hati.Nak puji depan-depan tak boleh pulak.
Icon set as wallpaper ditekan oleh Hanan.Gambar suaminya yang menjadi pilihan dijadikan sebagai homescreen.
Kalau buat sebagai lock screen kantoi busuk pulak...
Sedang Hanan leka bermain dengan iphonenya, Adam yang masih berbual dengan pemanggil telefon menarik isterinya melekat ke dinding apabila melihat seorang lelaki hampir menumpah secawan coffe panas ke baju isterinya.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...