"Kau tak nak balik ke?.."Putera yang baru sahaja masuk ke dalam ruang office bertanya,Adam yang sedang tekun menaip dipandang olehnya.
"Kejap lagi aku balik,lagipun baru pukul 5..."kerja banyak macam mana nak balik?Kalau boleh dia tak nak luangkan masanya di rumah dengan menyiapkan kerja.
"Fokus sangat buat kerja kau ni.."
"Sampai matahari dah terbenam pun tak perasan.."
"Dah pukul 7 dah weyh.."mamat ni lupa ke isteri dah ada kat rumah?
"Hah?Dah pukul 7?.."kelam kabut tangannya mengemas barangan yang berada di atas meja apabila menyedari jam telah menunjukkan 7 malam.
"Macam mana boleh tak perasan dah pukul 7 ni?.."
"Kesian Hanan tinggal seorang-seorang kat rumah.."
"Suami jenis apa kau ni Adam?.."gumam hatinya perlahan,dalam fikirannya hanya terfikir akan isterinya sahaja.
"Aku balik dulu lah.."
"Nanti office kau settelkan ehh?.."pesan Adam sebelum dengan sekelip mata kelibatnya hilang daripada pandangan mata Putera.
"Bye.."
"Adam,Adam..."
"Harap tak tidur luar lah ya sebab balik lambat.."
"HAHAHAHAHAHA.."
Adam mengeluh perlahan apabila tersekat dalam kesesakan lalu lintas,matanya memandang ke arah langit yang mula menunjukkan malam.
"Macam lambat lagi ni sampai.."
"Kena bagitahu dulu dekat Hanan supaya dia tak menunggu.."iphone yang berada di dalam bag dikeluarkan tetapi ada masalah lain..
Masalah dia sekarang ni battery pulak habis dahlah tak bawak powerbank ataupun cable,time time penting macam ni lah benda tu semua takde.
Badan disandarkan kebelakang,tangannya mengurut perlahan pelipisnya yang terasa sedikit berdenyut.
Kenapa hari ni rasa penat sangat?Selalunya dia boleh sahaja hadap kerja yang bertimbun-timbun tetapi kali ni berbeza.Dia merasakan begitu terbeban dan serabut dengan masalah dan kerja yang banyak yang perlu dihadapinya.
Atau mungkin sebab hati dan jiwanya terasa lelah? Kejap lagi balik rumah bukannya mengurangkan penatnya tetapi menambah penat dalam dirinya sahaja apabila isterinya tidak menunjukkan tanda- tanda yang mereka akan berbaik semula.
Kenapa kena jadi macam ni?..
"Kenapa?!!.."
"Sayang tak tahu ke yang hubby cuba sedaya upaya untuk pulihkan keluarga kita?.."
"Sayang tak nampak ke yang hubby pun tersakiti macam mana sayang tersakiti?.."
"Kenapa hubby seorang je yang kena berusaha?.."
"Hubby penat sayang.."
"Penat sangat sayang.."setiap kali teringat akan isterinya,air mata akan mengalir tanpa dipinta seakan-akan tahu hatinya dan jiwa sedang menangis.
"Dah lupa jalan balik rumah ke?.."bukan senyuman manis yang menyambut kepulangan tetapi hanya kata-kata yang menyakitkan hatinya sahaja.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...