Bangkit sahaja daripada tidur,Hanan menyedari yang dia masih di hadapan pintu bilik dan bukannya di atas katil.
Perasaan hampa muncul di dalam hatinya,dia ingatkan suaminya akan membawanya tidur di atas katil tetapi tidak.Adakah memang suaminya sudah berputus asa dengannya?
Kakinya melangkah keluar daripada bilik tidur untuk mencari suaminya,bilik kerja dituju olehnya tetapi kelibat suaminya tiada.
Selepas bilik kerja,tingkat bawah menjadi tempat pencarian suaminya tetapi malangnya juga tiada.
Sebelum langsir diselak untuk melihat ke arah parking kereta,firasat hatinya mengatakan yang suaminya telah pergi bekerja.
Hanan mengeluh perlahan apabila tekaannya betul ketika melihat kereta milik suaminya tiada di tempat parking kereta.
Kenapa suaminya tidak memberitahu apa-apa sebelum keluar rumah?
Kenapa tidak meninggalkan apa-apa pesanan sebelum ini?
Iphone yang berada di tangan dipusingkan beberapa kali,Hanan sedang bertarung dengan dirinya sendiri.
Nak call ke tak?
Tapi dia yang tinggalkan aku macam tu je?
Dia lah kan yang kena call atau chat aku dulu kan?
Arghh susahnya..
Kalau aku buat semua benda tu tapi tak dapat seperti apa yang aku harapkan macam mana?
Tak cuba tak tahu kan?Apa kata kita cuba dulu?
"My other half.." nombor suaminya didail,dirinya berasa gementar menanti panggilan telefonnya dijawab.
"Kenapa?.."sebaik sahaja panggilan diangkat, suaminya terlebih dahulu bersuara.
"Kenapa pergi kerja tak bagitahu?.."
"Sejak bila sayang nak tahu sangat hubby buat apa?.."
"Bukan selalunya sayang tak kesah ke?.."
"Sayang kan suka kalau hubby tak hiraukan sayang.."
"Bukan macam tu maksud saya.."Hanan berkata perlahan supaya dapat memberhentikan suaminya daripada bersuara.
"Awak dah lupakan saya ke?.."
"Sayang atau hubby yang lupa?.."
"Sayang dulukan yang lupa hubby ni suami sayang.."
"Suami yang sayang sendiri tahu terlalu mencintai dan menyayangi sayang.."
"Sayang yang lupakan semua benda tu sampaikan sayang sanggup bencikan hubby.."
"Sayang tak tahu macam mana sakitnya rasa bila isteri sendiri bencikan suami sendiri.."
"Dahlah sayang,hubby malas nak bergaduh dengan sayang.."
"Kalau takde perkara penting tak payahlah nak call hubby.."
"Nanti buat sakit hati sayang je dengar suara hubby.."
"Saya..."belum sempat Hanan berkata apa-apa panggilan telefon telah ditamatkan.
Air mata yang ditahan daripada tadi mengalir deras sehingga terasa seluruh badannya menggeletar. Jika ini yang dimahukan olehnya kerana hatinya terasa terluka dan berdarah.
Iphone yang berada di tangan dicampak ke tepi, serabut kepala dibuatnya apabila hati kata lain mulut kata lain.Ditampar mulutnya berkali-kali apabila terfikir semua perkataan yang dilontarkan kepada isterinya.
Kenapa cakap macamtu dengan isteri sendiri?
Daripada semalam kau tahu tak kau cakap benda yang menyakitkan hati isteri kau?
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...