Tiada sepatah perkataan pun yang dibicarakan oleh isterinya sebaik sahaja terjaga daripada lenanya.
"Sayang..."panggil Adam yang masih cuba untuk berkomunikasi dengan isterinya.
"Kalau sayang dah sudah jom lah kita gerak.." lengan isterinya disentuh perlahan,tetapi tidak disambut malah ditolak sedikit kasar.
"Lepas..."dengan nada yang dingin dan tanpa memandang ke arah suaminya.
"Tapi sayangkan tak sihat lagi.."
"Saya boleh jalan sendiri.."
"Tak payah nak menyusahkan diri sendiri.."
Walaupun badan masih sakit tetapi hati dan jiwa lebih terluka,kakinya berusaha berjalan tanpa bantuan daripada suaminya.
Adam mengeluh perlahan,bag isterinya dibawa bersamanya.Adam hanya mengikut jejak langkah isterinya daripada belakang.
Di dalam kereta hanya bertemankan suara penyampai radio sahaja tiada sebarang suara yang dikeluarkan oleh Hanan mahupun Adam.
Hanan termenung memandang ke arah jalan seperti berada di dalam dunianya sendiri.
Adam memandang ke arah isterinya,tangannya ingin sahaja menyentuh tangan isterinya.Rindu.Adam memberhentikan kereta di sebuah tasik cermin sebelum pulang ke rumah mentuanya.
"Sayang nak turun tak?Kita ambil angin.."
"Lagipun sayang dah 2 hari duduk dekat hospital kan?.."
"Jom kita hirup udara yang segar nak tak?.."
"Orang pun tak ramai ni.."
"Alang-alang kita boleh dating.."menyempat ehh kau Adam.
"Kalau awak nak keluar,awak keluar seorang-seorang.."
"Saya taknak keluar.."
"Alaaa sayang jomlah,kesian hubby sayang ni.."
"Keluar seorang-seorang.."kita kena cuba memujuk ya pujuk sampai jadi.
"Awak tak faham bahasa ke?.."Hanan kau kena sampuk dengan jin ke?
"Saya taknak keluar.."
"Taknaklah keluar.."terdiam Adam apabila mendapat kata-kata yang menyakitkan sebegitu keluar daripada mulut isterinya.
"Kalau awak taknak keluar.."
"Tak payah keluar.."
"Balik je terus..."
Adam memandang ke arah isterinya beberapa saat sebelum dia keluar daripada kereta.Badannya menghadap ke arah tasik,pemandangan yang cantik membuatkan matanya mengalirkan air mata.
Kenapa dia lemah sangat sekarang ni?Hatinya mudah sangat terkesan dengan apa yang dibicarakan oleh isterinya.
Dia tidak boleh lemah,hatinya kena kuat barulah isterinya pun akan kuat lebih daripadanya.
Air mata mengest perlahan,selalunya ada tangan lembut yang akan mengesat air matanya..
Buat sementara waktu ini tiada,jadi dia perlu bersabar dan bertahan selagi mampu.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...