2 minggu kemudian,
Adam tekun mendengar apa yang dibentangkan oleh pekerja-pekerja yang lain.Adam bermain dengan sebatang pen yang dipegangnya.Fikiran dah kemana pun tak tahu lah.
"Mr Adam?.."panggil salah seorang pekerja Adam.
Tiada sahutan.
"Mr Adam?.."panggil sekali lagi.Kini semua pekerja sudah memandang ke arah Adam.
"Mr Adam.."akhirnya seorang pekerja lelaki memetik jari dihadapan Adam.
"Yes.."akhirnya Adam tersedar daripada lamunanya.
"Is everything okay with our presentation?.."soal salah seorang pembentang.
"Great.Continue.."mereka mengangguk kemudian mula menyambung pembentangan.
"Uishh payah ni otak fikir isteri je ni.."gumam Adam perlahan.
"Fokus Adam fokus.."ditenungnya dalam dalam kertas kerja yang berada di hadapannya.
1
2
3
"Aishh tak boleh macam ni.."dipusingkan badannya.
Sedang fikiran ingin kembali fokus,iphone miliknya berbunyi.
Bidadari kesayangan saya..
"Aaaaaaa.."menjerit-jerit hati Adam dibuatnya.Isteri saya call saya lah malulah macam ni malu.
Tahu tahu je tite windu isteri tite.
Bilik mesyuarat ditinggal sebentar sebelum menjawab panggilan telefon daripada isterinya.
"Video call?.."isteri dia ni dahlah jarang call tiba-tiba video call.Lantaklah..
"Doktor Dahlia,doktor Dahlia.."sebaik sahaja Adam menjawab panggilan suara kanak-kanak kedengaran.
"Doktor ni ke suami doktor?.."soal suara kanak-kanak yang lain.
"Haa awak semua buat apa tu?.."terkejut Hanan melihat iphonenya sedang dimain.
"Abang hensem tengok tu isteri abang.."seorang kanak-kanak dalam lingkungan dalam 10 tahun.
Camera dihalakan kepada isterinya yang sedang bercekak pinggang dihadapan mereka.
"Doktor doktor cepat cakap hai kat suami doktor pastu lambai tangan.."
"Doktor pat pat akap hai.."isterinya dipaksa oleh pesakit-pesakit isterinya.
"Hai,awak.."walaupun tanpa rela Hanan mengucapkan hai kepada suaminya.
Adam menyimpan senyumnya,camera dihalakan kepada sekumpulan kanak-kanak yang menelefonnya tadi.
"Abang hensem doktor Dahlia kitorang punya tau.."
"Ehh?.."
"Dengar baik-baik abang hensem doktor Dahlia kitorang punya.."mereka berlari ke arah Hanan kemudian memeluk isterinya.
Kedengaran suara isterinya ketawa,eeeiii dia punyalah susah nak peluk isteri dia senang-senang je budak-budak tu dapat.
Huwarghh nak peluk jugak..
"Mana boleh doktor Dahlia abang punya.."Adam menunjukkan ketidakpuasaan hatinya.
"Welk,abang takde kat sini nak peluk doktor,kitorang dapat peluk.."mereka menjelirkan lidah mereka serentak.
"Eiiiiiii...."
"Awak,awak sayang diorang ke sayang saya?.."soal Adam nak menang juga.
Wajah Hanan yang boleh dilihat melalui camera itu terkebil-kebil.
YOU ARE READING
Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]
Romancekehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa banyak soal membuatkan cinta yang tidak pernah muncul mekar di dalam hari sehingga menjadi sekuntum bun...