Bidadari 25

1.1K 35 3
                                    

Setelah bertarung dengan Putera akhirnya Adam dapat keluar daripada hospital.Yeay dah keluar hospital kalau ikutkan Putera punya gila memang dia kena stay hospital 4 5 hari.

Adam memandu keretanya ke sebuah kedai bunga, hajat nak membelinya untuk seseorang.Masuk sahaja ke dalam kedai bunga walaupun dia seorang lelaki boleh rambang jugak matanya melihat bunga- bunga yang cantik.

"Iya encik nak cari bunga apa?.."

Adam melihat semua jenis bunga yang berada di hadapan matanya.Ada red roses,white roses,pin roses,daisy,baby breath,carnation,orkid,peacock, sunflower,lily dan lain-lain.

Matanya tertarik kepada sunflower yang berada di hadapannya sekali,ada pelbagai warna.Bagi dia sunflower ni lain daripada yang lain kelopak bunga lebih banyak,saiznya jugak besar,warnanya jugak cantik.

Seperti orang itu..

Ya,

Seperti seseorang yang dia kenali.

Seorang yang cantik,

Seorang yang unik,

Dan seseorang yang istimewa..

"Bagi saya 15 kuntum sunflower.."

"Bagi saya 5 warna putih, 5 warna kuning dan 5 warna merah jambu.."

"Wah pandai encik pilih bunga dan warna ya.."

"Ni encik nak pujuk hati buah hati ke?.."

Sebagai pekerja kedai bunga dia sudah boleh mengetahui setiap maksud bilangan kuntum bunga yang dibeli oleh pelangan.

Maksud 15 kuntum bunga adalah sebagai tanda maaf kepada seseorang.

"Saya confirm buah hati encik akan terima permohonan maaf encik.."

Bouquet of sunflowers yang telah siap diberikan kepada Adam.Sebuah senyuman manis terukir melihat bouquet yang cantik di tangannya.

"Terima kasih.."

"Semangat encik untuk pujuk hati kesayangan encik.."

Adam hanya membalas dengan anggukan dan berlalu keluar daripada kereta.Tak tahulah permohonan maafnya akan diterima ataupun tidak.

Entah-entah dia pun tak mampu nak melafazkan perkataan minta maaf itu sendiri.Kata-kata pekerja kedai bunga tadi berlegar-legar di dalam fikirannya.

Buah hati?

Kesayangan encik?

Tapi dia pun pelik kenapa dalam dalam banyak benda bunga jugak yang menjadi pilihannya?

Tiada mahu memikirkan apa-apa lagi,kereta terus memandu ke destinasi seterusnya.










































Bersama bouquet yang berada di tangannya,Adam berdiri tegak di luar pintu bilik ward gadis itu.Sebelah tangannya lagi setia memegang tombol pintu..

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now