Bidadari 39

1.3K 46 17
                                    

Kenapa tak boleh nak tidur ni?Puas dah aku pusing ke kanan ke kiri pun tak boleh tidur jugak T_T.
Pelik pulak aku iyelah semalam elok je tidur lena depan pintu bilik sampai ke pagi,malam ni tidur atas sofa taknak pulak mata ni tertutup..

Takpelah Hanan biarlah kejadian malam semalam jadi rahsian antara Adam dengan readers sahaja.

Cubaan Hanan untuk tidur makin gagal apabila mendengar tapak kaki seseorang sedang berjalan turun daripada tingkat atas.

Matanya memandang ke arah susuk tubuh suaminya yang menghampiri pintu rumah.Badannya pantas berdiri menghampiri susuk tubuh suaminya berada.

"Awak nak pergi mana ?.."jam di dinding telah menunjukkan hampir jam 3 pagi.Adam nak pergi mana pagi-pagi buta ni?

"Hubby nak keluar.."ringkas sahaja jawapan daripada Adam.Ini bukan mengurangkan keraguan tetapi menambah keraguan kau tau tak?

"Nak pergi mana?.."

"Awak mana pernah keluar waktu-waktu macam ni?.."

"Selama ni hubby buat apa ada sayang kesah ke?.."

"Sekarang ni kenapa tiba-tiba sayang sibuk sangat nak tahu apa yang hubby buat?.."

"Dahlah hubby nak keluar..."tangan Adam sudah berada di pemegang pintu menunggu masa sahaja untuk ditarik.

Perbuatan Adam terhenti apabila Hanan memegang lengan baju Adam.Matanya tidak lepas daripada memandang suaminya meminta kepastian.

"Perlu ke nak keluar?.."

"Tak boleh tunggu esok ke?.."akhirnya suara Hanan keluar setelah beberapa saat memandang sepasang mata berwarna hijau gelap itu.

"Hubby keluar dulu.."tangan Hanan yang berada di  lengannya ditolak menjauh daripada dirinya.

"Sayang tidurlah dulu,hubby mungkin balik esok pagi.."sebaik berkata begitu Adam terus keluar daripada rumah tanpa menoleh ke arah isterinya.

Tangan pantas menutup kedua-dua belah telinga apabila bunyi enjin kereta di luar mula kedengaran. Kenapa suaminya sanggup lakukan sebegini rupa kepadanya?

































Stereng kereta diketuk dengan kuat bagi melepaskan amarah dan geram yang terbuku di hatinya.Enjin kereta dimatikan setelah beberapa minit dibiarkan hidup.

Kenapa cakap macamtu?

Kenapa kau cakap macamtu dengan isteri kau?

Pintu pagar rumah yang menjadi pandangan matanya dipandang dengan keluhan di bibirnya.Tak pergi jauh pun ada je dekat depan rumah ni haa.

Tadi dia tak dapat tidur sebab fikiran hanya memikirkan isterinya yang berada keseorangan di ruang tamu tingkat bawah..

Ikutkan plan yang asal dia hanya nak tidur dalam kereta biar rasa dekat dengan isterinya tapi sekarang dah bergaduh macam tadi alamatnya memang kena parking kereta dekat luar rumah lah.

Tangan diletakkan di atas dahinya,langit biru gelap yang dihiasi dengan bintang-bintang kecil dipandang  olehnya.Kan best kalau boleh tengok langit sama-sama dengan Hanan.

Sampai bila hubungan mereka berdua akan jadi retak macam ni?

Bila hubungan mereka akan pulih macam dulu?

Kenapa apa yang bermain di fikiran tak sama dengan apa yang keluar daripada mulutnya?

Sekarang yang keluar daripada mulutnya hanya perkataan-perkataan yang menyakitkan hati isterinya sahaja..

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now