Bidadari 42

2K 76 66
                                    

FLASHBACK

Tidurnya terganggu apabila sedar yang suaminya seperti sedang memanggil dirinya dan dentuman kilat yang kuat di luar.

"Hubby.."panggil Hanan tetapi hanya daripada suara hatinya dan tidak terlafaz diluar.

"Sayang.."rintih Adam di dalam tidurnya membuatkan Hanan terdiam sendiri.

"Sayang,bangun sayang.."

"Jangan tinggalkan hubby.."

"Maafkan hubby.."air mata yang mengalir di pipi Adam dikesat perlahan.

"Shh sayang ada dekat sini.."

"Hubby takkan apa-apa.."dipujuk lembut Adam menggunakan kata-kata tetapi tidak berjaya apabila suaminya tidak henti-henti memohon maaf.

Belakang badan suaminya ditepuk perlahan bagi menenangkan suaminya,peluh yang memenuhi pelipis dahi suaminya dilap dengan berhati-hati tidak ingin menyedarkan suaminya.

"Sayang ada dekat sini tiada apa yang hubby perlu risaukan.."

Perbuatan Hanan terhenti serta merta apabila mendengar bunyi tangisan baby bergema di dalam bilik tidur mereka.Telinganya ditutup rapat bagi menghilangkan rasa bingit.

"Jangan kacau aku.."Hanan berusaha untuk menghilangkan gangguan yang dihadapi olehnya.

Tidak cukup dengan gangguan bunyi,Hanan melihat susuk tubuh seorang kanak-kanak lelaki berada di bahagian belakang badan suaminya.

Ditarik suaminya mendekati dirinya menjauhi kanak-kanak lelaki itu.Hanan melindungi sepenuhnya suaminya daripada diganggu oleh kanak-kanak lelaki itu.

"Mommy.."

"Hihihihihihi.."kanak-kanak lelaki itu semakin dekat ke arah Hanan dan Adam.Rambut Adam dimain oleh kanak-kanak lelaki itu membuatkan Hanan bertambah marah.

"Kalau kau nak kacau aku,kacau aku sahaja.."

"Tak perlu nak kacau suami aku.."ditepis tangan kanak-kanak lelaki itu menjauh.

"Hihihihihi..."

"Mommy gila.."

"Gila..."

"Kau fikir kau boleh kacau aku waktu sekarang ke?.."

"Aku ada kekuatan aku dekat dengan aku jadi aku takkan kalah dengan kau kali ni.."

Mendengar sahaja Hanan berkata begitu tiba-tiba mata kanak-kanak lelaki itu menjadi merah sebelum dia menangis dengan suara yang kuat.

Hanan yang tidak tahan dengan bunyi tangisan yang kuat itu memandang ke arah suaminya yang telah kembali lena.

Kepala suaminya diletakkan di atas bantal dengan berhati-hati sebelum dia membawa dirinya keluar daripada bilik tidur mereka.

Sebaik sahaja dia keluar daripada pintu bilik mereka secara automatik suara tangisan kanak- kanak lelaki itu hilang.Hanan menghembus nafas lega kerana benda itu telah menjauh daripada Adam.

Semuanya akan baik-baik sahaja selagi bukan suaminya yang terkena tepias penyakitnya itu. Hanan membawa dirinya ke ruang tamu tingkat bawah,botol ubat yang disimpan di dalam laci stor diambil olehnya.

Antidepresi pills

Setelah menelan ubat mengikut dos yang telah ditetapkan oleh Bella,Hanan duduk bertenang di atas sofa.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now