Epilogue #3

980 29 0
                                        

"Okey,  soalan seterusnya, cik Han. Apakah inspirasi cik untuk tulis novel ni? Dari mana datang ideanya? Sampai jadi bestseller nampaknya, " kata hos majlis pada hari itu.

Sebulan selepas dia melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Hafiz Akmal, bukunya dilancarkan. Jadi sempat jugak dia tambah part dia melahirkan anak dan saat-saat melahirkan.

Tak sangka pula, kedua-dua buku tulisannya akan menjadi bestseller bagi Faleeq Publications, tempat kerja lamanya. Pada hari ini, enam bulan setelah dia bersalin, mereka mengadakan festival buku dan menjemputnya untuk mempromosikan bukunya serta sesi meet-and-greet bersama-sama peminat.

Hanan memandang seketika Hud yang duduk di tempat audience dan tersenyum lebar memandangnya, memberikan semangat. Dia kemudian menoleh semula ke arah hos yang bertanya soalan tersebut.

"Sebenarnya, macam yang saya dah sebut di awal-awal muka surat buku saya, buku ni lebih kepada nukilan hidup saya, dan ada saya adjust sedikit supaya lebih dekat dan sesuai untuk pembaca. Saya nak tunjukkan sendiri first-hand experience, kehidupan berumah tangga ni macam mana. Mungkin takde la kot yang betul-betul sama dengan kisah saya, tapi saya nak tekankan kepentingan toleransi dalam rumah tangga, " jelas Hanan.

Hos tersebut mengangguk faham. "Oh, dalam buku cik Han ada cakap, cik Han baru je melahirkan anak lelaki. Dia ada ke dengan kita hari ni? "

Hanan mengangguk. Tangannya diangkat menunjuk ke arah suaminya yang mendukung anaknya yang sedang terlena. Serentak semua mata memandang ke arah Hud dan anak lelakinya. Hud hanya tersenyum.

Hanan tersengih. "Okey jangan pandang lama-lama, suami saya malu tu. Ha pandang sini balik. Alang-alang ni,  saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak, syukur kepada Allah sebab saya diberikan peluang untuk hasilkan novel saya sendiri, dan kepada suami saya yang tak putus-putus berikan semangat.

Dan pada anda semua yang sudi beli buku saya, you guys are the best!"

***

Hanan meregangkan sedikit badannya lalu bersandar di kerusi besi yang menjadi markasnya untuk sesi meet-and-greet yang akan berlangsung sampai petang nanti.

Sekarang, waktu rehat. Kebanyakan pengunjung pergi lunch ataupun sambung tengok-tengok buku yang ada. Oh, lepas ni pun dia nak pergi la. Tambahkan koleksi buku kat rumah. Hud yang sedang menidurkan anaknya dipandang sekilas. Dah tahu duit siapa nak mintak nanti. Hehe.

"Cik Han," Hanan menoleh semula ke hadapan. Rasa kelakar pulak letak nama pena dia Cik Han,  padahal dia dah ada anak satu. Tapi bila Hud tanya kenapa, dia cuma jawab,

"Masa saya menulis, saya forever single," hahaha. Tak logik ke? Logik je bagi dia. Waktu dia tengah menulis, semua benda dia tak dengar kecuali bunyi jari dia tekan keyboard. Kira betullah tu nama dia bagi.

Seorang perempuan, rasanya hujung belasan tahun, memandangnya dengan senyuman sambil menghulurkan sebuah buku untuk dia tandatangan. Hanan membalas senyumannya.

"Siapa nama?" tanya Hanan. Perempuan tersebut hanya terdiam. Hanan mengangkat kepalanya sebentar dan melihat perempuan tersebut memandang ke arah Hud.

"Awak, " panggil Hanan lagi. Dia tersentak sebelum mengalihkan semula pandangannya ke arah Hanan yang tersengih.

"Sorry. Handsome la suami cik Han. Pandai jaga anak," kata perempuan itu lagi dan memandang semula ke arah Hud. Hud yang duduk berdekatannya di belakang hanya tersengih sebelum menunduk.

Hanan hanya tergelak. Perempuan itu memberitahu namanya dan Hanan menandatangani bukunya sebelum diserahkan semula kepada perempuan itu. Dia ingin melangkah pergi,  tetapi dia berpusing semula.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang