Faris yang ingin keluar terperasan Hanan yang termenung memandang pokok bunga di rumahnya. Pokok bunga apa pun dia tak tahu.
Dia perasan wajah Hanan nampak suram. Mungkin perasaan dia je, tapi dia tengok Hanan macam dah kurus sikit. Hanan tak makan ke? Dia okey ke jaga Hud? Hanan tak pernah cakap apa-apa padanya, walaupun dia tahu Hanan memang bukan jenis yang suka bercerita kat orang. Dia pun dah lama tak datang melawat Kak Zila. Sibuk kot jaga Hud.
"Hanan, " panggil Faris.
Hanan tersentak. Alamak, dia berangan ke? Tak sangka pandang pokok sekejap pun boleh terberangan.
"Oh, Faris. Nak keluar ke? " tanya Hanan berbasa-basi. Faris mengangguk lalu tersenyum.
"Kau okey tak?"
Hanan berkerut. "Okey je. Kenapa?"
"Takdelah. Nampak macam kusut je tu. Kau ada masalah ke? Kalau ada, boleh je cerita kat aku. At least kat Aulia ke. Jangan biar sorang-sorang. Tak bagus untuk kesihatan, " nasihat Faris. Hanan tersenyum lebar lalu mengangguk.
"Baik doktor. Kau nak keluar kan? Dah syuh, pergi sana, " gurau Hanan. Faris mengangguk.
Tanpa mereka sedari, Hud memandang mereka berdua dari dalam rumah.
***
"Ehem!"
Faris menoleh. Dia tersenyum memandang Hud yang memandangnya macam nak ajak gaduh.
"Kenapa?" tanya Faris. Dia mendekati tembok yang memisahkan dia dan Hud.
Hud berpeluk tubuh memandang Faris. Dia tak dapat ingat sangat pasal Faris ni. Kenapa Hanan rapat betul dengan Faris? Dia cuma ingat Faris kawan sekerja Hanan je.
"Kau..suka Hanan ke?" tanya Hud.
Faris terdiam seketika. Kemudian, dia tergelak besar.
"What? Suka Hanan? " tanya Faris dengan sisa tawanya. Hud mengetap bibirnya. Orang tanya, gelak pulak.
Faris mengangguk. "Betullah. Aku suka dia, "
Hud membulatkan matanya. Kan betul! Apa yang dia curiga selama ni betul. Jiran dia ni memng simpan perasaan kat Hanan.
"Whoa, chill. Kau pandang macam nak telan aku. Maksud aku, aku pernah suka Hanan. Sekarang aku dah tak suka la," tambah Faris lagi.
Hud mengecilkan matanya, tidak percaya dengan jawapan Faris.
"Kenapa pulak dah tak suka? Tiba-tiba je?" tanya Hud lagi. Hanan lawa kot, baik lagi. Memang tak la dia nak percaya kalau tiba-tiba je Faris dah tak suka Hanan.
Faris tersengih.
"Sebab aku tahu aku memang takkan menang lawan dengan kau. Lagipun, Hanan suka kau, bukan aku. Oh, mungkin korang dah bukan level suka lagi, tapi whatever. Dan lagi satu.., " Faris meminta Hud mendekatkan diri kepadanya. Kini tembok tersebut sahaja yang memisahkan jarak mereka berdua.
"Aku suka Aulia la. Sorry, " bisik Faris lalu tersengih.
Hud membuntangkan matanya. Dia terus merenung Faris yang masih lagi tersengih atas bawah kemudian mengangguk.
"Hmm.. Okey, aku approve. Sesuai la korang, " balas Hud. Asalkan bukan Hanan. Haha.
"Lagi satu kan, aku tengok Hanan macam makin kurus je. Macam tak sihat. Aku tahu yang dia kena jaga kau, tapi aku harap kau tengok-tengokkan dia jugak. Kan isteri kau tu," kata Faris lagi sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam rumah, meninggalkan Hud keseorangan di situ.
Hud terdiam mendengar ayat Faris. Isteri..?
Betullah, Hanan isteri dia. Tanggungjawab dia. Macam mana dia boleh terlupa?
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
