Forty-five : Busted?

708 28 0
                                        

"Gembira nampak?" tanya Faris lalu meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk yang diambilnya ke atas meja tempat Aulia duduk. Wajah Aulia yang nampak bersinar menimbulkan rasa ingin tahunya. Apa yang gembira sangat ni? Padahal hari ni Isnin. First working day of the week.

Dalam beberapa minggu ni, memang dia dan Aulia sudah selalu lunch bersama. Sebelum habis lunch, mereka akan decide tempat lunch mereka untuk hari esok. Macam tiba-tiba, tapi Faris rasa seronok juga ada teman untuk makan tengah hari bersama-samanya. Walaupun sekadar kawan.

Buat masa ni.

Aulia tersenyum. "Mesti la. Aku tak tahu kenapa, tapi Hud memang tersenyum je sepanjang hari ni. So sebagai secretary berjaya, aku pun gembira jugak," jelasnya. Dia mengunyah makanannya dengan senyuman. Macam makan kat hotel pulak. Terlalu menikmati nampaknya.

Faris mengangkat keningnya sebelah. "Gembira sebab Hud gembira?" tanyanya pelik.

Aulia mengangguk.

"Yup. Happiness is contagious, you know. Bila aku masuk bilik bos nampak dia sengih je, mesti la aku tersengih jugak. So, contagious,"

"Berapa banyak kali kau masuk bilik Hud sampai kau boleh terjangkit senyum dia ni?"

Aulia menghentikan suapannya. Dia mengecilkan matanya, memandang Faris yang menunggu jawapannya, makanan di hadapannya belum disentuh.

Aulia menghamburkan tawanya.

"Kau dah kenapa? Jealous ke apa? Point aku di sini, Hud happy. So aku happy jugak. Bila Hud happy macam tu, maksudnya dia dengan Hanan dah okeylah, kan? Sebab tu la aku gembira," kata Aulia bersama sisa tawanya. Rasa kelakar sebab Faris terlalu curious, lagi satu sebab dia rasa merepek pulak yang Faris akan cemburu sebab dia.

Faris terkedu. Dadanya rasa terhenti. Dia mengerdipkan matanya sebelum menggeleng pantas. Rasa lain macam di perutnya diabaikan. Lupakan, lupakan. Kau tak pasti pun pasal perasaan kau. At least janganlah buat macam obvious sangat.

"Mana ada. I'm just asking," kata Faris. Dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Aulia mencebik dan mengangkat bahunya. Iyalah tu.

"Aku. Tak. Jealous. Cuma tak berapa percaya je yang happiness tu contagious. At least duration nya tak lama macam kau ni. Dah tengah hari kot," Faris menekan suaranya. Wajah Aulia yang selamba membuatkannya sakit hati.

Aulia buat acuh tak acuh. "Fine. Tak percaya sudah. Meh aku senyum je sepanjang lunch, tengok kau gembira ke tak, "

Aulia tersenyum lebar memandang Faris. Walaupun dia sedang mengunyah, dia tetap tersenyum. Ikhlas dari hatinya. Tengok wajah lelaki yang dia tak berapa kenal sangat di hadapannya ni, kadang-kadang boleh hilangkan keresahan di hatinya. Boleh beri kekuatan padanya ketika dia rasa lemah.

Faris cuba untuk mengeraskan mukanya memandang Aulia yang bersinar dengan senyuman. Haih, cute. Langsung tak rasa malu untuk senyum macam tu padanya. Dulu kalau tengok Aulia masa dia belum kenal lagi, senyum tu macam nak kena bayar pulak. Susah betul. Sekarang, siap offer lagi nak senyum.

Akhirnya, dia tergelak melihat Aulia yang masih lagi tidak berputus asa untuk membuatkan dia tersenyum.

"See! Senyum jugak kan? Aku dah kata, happiness is contagious. Definitely true. Kau tak boleh nafikan. Kalau bawak pergi Parlimen pun, kalah punya," kata Aulia dengan senyuman puas. Memang takdenya boleh menang kalau lawan cakap dengan dia. Ada sebab dia jadi secretary Hud, and only Hud. Sebab Hud je yang boleh menang dengan dia. Orang lain, sorry.

"Iyelah tu. Kau sedar kan conversation ni merepek? Kenapa kau nak gaduh pasal kebolehjangkitan happiness pulak? Apa punya tajuk la," Faris buat muka menyampah. Wujud kot perkataan kebolehjangkitan tu. Boleh la.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang