Stories are not always meant to be told, but untold stories are always more interesting, right? So here goes mine.
Entah kenapa, jantung Hud terasa berdebar. Dia menyambung ayat seterusnya.
Ini cuma coretan sedikit kisah hidup saya. Entahlah, saya rasa mungkin kisah hidup saya worth telling. Ataupun kalau tak laku nanti, sekurang-kurangnya saya ada satu untuk saya sendiri cerita kat anak-anak saya. Hehe.
Bibirnya mengukir senyum. Dia bagaikan dapat mendengar suara Hanan menyebut setiap perkataan yang tertulis di situ.
Hanan tulis essay pasal kisah hidup dia sendiri? Interesting. Dia scroll ke bawah.
Saya berhasrat nak mulakan cerita saya dari awal kisah perkahwinan saya. The most unexpected event of my life. Tapi nanti takut tak faham pulak. Jadi saya cerita jauh sikitlah ye. Let's rewind from when I went to high school.
2014.
Ada seorang budak lelaki ni, entahlah, dia macam..ok let's be frank here. Dia ada rupa. First time saya nampak dia masa saya lower form dulu. Dia macam selalu tenung saya, tapi kita anggap ajelah tu perasaan saya je. Then masa 2014, kitorang sekelas. Boleh dikatakan saya ni antara top students, dan tiba-tiba dia masuk kelas pertama. Masa form 5 la pertama kali kami sekelas.
Saya anggap dia macam kawan biasa je, dan saya rasa dia pun macam tu. Tapi lama-lama, dia dah naik pangkat jadi best friend saya. Daripada seorang kawan baik, saya dah ada dua.
Senang kata, dia selalu ada untuk saya. Tolong saya, study sama-sama, okey jangan fikir jauh sangat. Saya langsung tak ada terfikir pasal cinta masa tu.
Tapi.. bila sampai satu masa, perkara yang mengubah hidup saya berlaku. Perkara yang mengubah personaliti saya. Mengubah mindset saya.
Dan..saya tinggalkan dia.
Nafas Hud bagaikan terhenti seketika. Dia masih lagi terasa pedihnya ditinggalkan Hanan, walaupun dah lama perkara tersebut berlaku. Mungkin masa tu pun dia dah sukakan Hanan, sebab hatinya terlalu sakit apabila dia diabaikan dan dilupakan kawan baik sendiri.
Oh, lepas tu dia confess. Dan direject dengan hina. Maksudnya masa tu dia memang dah ada perasaan kat Hanan.
Hud menyambung pembacaannya. Dia perlu tahu apa yang terjadi dalam hidupnya dan Hanan. Inilah peluangnya untuk ingat kembali cebisan memori yang kadangkala menerjah mindanya. Dia nak ingat semua tu. Dia tak nak terlepas satu pun kenangannya dengan Hanan.
Minit berganti jam. Sedar tidak sedar, hampir dua jam dia membaca manuskrip yang ditulis isterinya. Hud terus scroll sehingga ke bahagian bawah sekali. Dia memandang bahagian terakhir yang ditulis Hanan. Mindanya kosong. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"A..apa ni?"
Saya nak kongsi semua kenangan saya dengan dia. Saya nak kongsi semua gembira saya, sedih saya. Tapi kali ni, saya tak dapat nak beranikan diri untuk beritahu. Beritahu yang saya dah mengandungkan anak dia.
Saya tak mampu. Di saat dia tak ingat isteri dia sendiri, orang yang paling dia sayang, saya tak nak. Saya nak beritahu perkara ni di hadapan suami yang cintakan saya, yang akan pandang saya dengan wajah gembira bila saya beritahu berita ni.
Tapi..bila?
Hud tidak dapat menahan air matanya dari tumpah. Dia terus menutup laptop tersebut dan diletakkan di atas meja di sebelah katil. Dia berbaring di sebelah Hanan yang masih terlena, mungkin penat disebabkan menangis kerana kejadian pagi tadi.
Tangannya memeluk pinggang Hanan dan ditarik perlahan mendekatinya. Hanan bergerak sedikit dan tangannya memeluk Hud dan kepalanya disandarkan ke dada Hud. Hud mengucup dahi Hanan lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Roman d'amour[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
