"Tak payahlah ikut. Saya nak keluar sekejap je, beli barang. Abang duduk je rumah, " kata Hanan apabila dia melihat Hud ingin menukar bajunya.
Hud yang sudah pun membuka bajunya sehingga ke dadanya terhenti seketika sebelum menyambung perbuatannya, tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Dia biarkan je Hanan pandang dia tak berkelip, menunggu dia tarik diri. Tapi dia takkan. Dia nak ikut jugak.
"Takpelah, biar saya ikut. Saya nak keluar jugak. Asyik awak je yang keluar sorang, bagilah saya ikut kali ni. Boleh?" pujuk Hud. Dia sudah siap menukar baju dan duduk di sebelah Hanan di atas katil yang sudah bersiap dengan blaus dan seluar slack beserta tudung shawlnya, dan masih lagi memandangnya.
Hanan mengeluh perlahan. Tak sangka dalam amnesianya suami dia ni, degilnya tak hilang jugak. Sama je dari dulu.
"Yalah, jom," kata Hanan lalu bangun dari katil. Apabila dia sampai di pintu, dia berpaling semula.
"Abang drive eh? Siapa suruh ikut," kata Hanan.
Hud terus mengukir senyum dan mengangguk.
"Boleh je."
***
Mereka tiba di pusat beli-belah yang terletak tidak jauh dari rumah. Shopping mall ni memang tempat biasa Hanan pergi akhir-akhir ni. Dia banyak beli keperluan untuk..dia dan bakal baby dia. Sebab itulah dia tak nak ajak Hud. Dia kenal Hud, mesti suami dia syak nanti. Haih..
"Awak nak beli apa?" tanya Hud setelah mereka memasuki pintu pagar utama pusat beli-belah tersebut. Hanan menoleh memandang Hud yang kelihatan teruja. Mungkin sebab lama tak keluar. Walaupun lepas Hud dah betul-betul okey dan dia sudah pun mula bekerja semula minggu lepas, Hud kebanyakannya duduk di rumah selepas dia balik kerja.
Satu benda yang dia dah perasan pasal suaminya, Hud dah tak beraku kau dengan dia. Lebih kepada saya awak. Mungkin tak sebaik dulu, tapi dia rasa ini pun dah cukup bagus untuk dia.
Hanan pun, selepas insiden haritu, dia cuma cakap dengan Hud bila perlu je. Waktu perlu tu maksudnya waktu makanan dah siap masak, waktu dah nak tidur, waktu nak bangun, dan waktu Hud pergi dan balik kerja. Waktu lain memang Hanan senyap sahaja. Entahlah, dia sendiri pun macam tak ada hati nak bercakap dengan suami dia sendiri. Bila pandang muka Hud, automatik dia rasa sebak. Dada dia terasa berat, bagaikan ada beban berat yang menimpanya.
Kalau memang ditakdirkan Hud dah tak boleh ingat apa yang berlaku dulu, mungkin..dia boleh cuba create new memories lepas ni? Tak salah untuk cuba baik semula, kan?
Betul, dia tak boleh mengalah. Perjalanan hidupnya masih panjang. Dia tak nak sia-siakan hidupnya dengan rasa menyesal sampai bila-bila.
Dia kena cuba.
"Urm..jom masuk supermarket," kata Hanan. Dia berjalan pantas melepasi Hud dan ke hadapan suaminya beberapa langkah, sebelum dia mematikan langkahnya dan berpusing semula ke belakang.
"Kenapa?" Hud bertanya.
Hanan menghulurkan tangannya kepada Hud yang membulatkan mata memandang huluran tangannya. Tiba-tiba je Hanan nak rapat balik dengan dia? Selama ni isteri dia buat tak endah je pasal dia. Sampai kadang-kadang dia sendiri rasa nak give up untuk bercakap dengan Hanan. Sebab Hanan macam tak pedulikan dia. Cakap pun macam cakap sorang-sorang.
Kali ni Hanan reach out pada dia dulu.
"Cepatlah," kata Hanan lagi apabila Hud tidak menyambut hulurannya.
Hud tersenyum. Tangan Hanan dicapai lalu digenggam erat. Dia pantas mengejar langkah Hanan dan mereka berjalan beriringan menuju ke pasar raya yang terletak di dalam pusat beli-belah tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Roman d'amour[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
