Thirty-eight : Who Are You?

688 30 0
                                        

"Abang..abang, berapa lama lagi abang nak tidur? Hanan dah lama tunggu abang. Abang dah cakap tak nak tinggalkan Hanan, kan? Abang dah janji dulu. Hanan..Hanan tak nak hilang siapa-siapa lagi,"

Hud memejamkan matanya semakin rapat. Dia cuba untuk membuka mata, tetapi kelopak matanya terasa berat, ditambah dengan rasa sakit yang mencucuk di kepalanya membuatkannya tidak dapat membuka mata.

Siapa yang cakap tu? Siapa abang dia? Dia ke? Tapi dia tak ada adik..

Dia terdengar suara wanita tersebut menarik nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan-lahan.

"Tak apalah. Abang rehatlah dulu. Hanan tahu abang akan bangun. Abang takkan tinggalkan Hanan, kan? Hanan nak keluar sekejap. Hanan dah bagitahu ayah pasal abang. Ayah tunggu kat luar. Nanti Hanan bawak ayah jumpa abang ya?" Hud terdengar lagi wanita tersebut bersuara. Mungkin kata-kata tersebut memang ditujukan kepadanya.

Dia cuba sekali lagi untuk membuka mata, tetapi tidak berjaya. Kepalanya terasa memberat. Akhirnya dia terlena kembali.

***

"Hanan okey tak ni? Hanan dah makan ke belum? Ibu tengok macam tak okey je," suara ibu Hanan penuh risau menyapa telinga Hanan. Hanan hanya tersenyum tawar lalu menggeleng.

Macam mana dia nak makan dalam situasi macam ni? Dia masih lagi terkejut yang dia belum jatuh pengsan lepas dapat tahu yang suaminya terlibat dalam kemalangan. Masih lagi tak pengsan selepas tengok suaminya di wad kecemasan dengan darah penuh di kepalanya. Hud accident disebabkan ada pemandu mabuk dan melanggar keretanya dari arah bertentangan.

Hanan mengetap bibirnya kuat. Tangannya digenggam lalu dia mengeluh.

Astaghfirullah. Tak ada yang sia-sia, Hanan. Semuanya ada hikmahnya. Dia cuba mengingatkan dirinya sendiri.

"Tak boleh macam ni. Jomlah Hanan, dengan Zulaikha. Kita makan dulu. Nanti kita pergi sini balik," kata ayah Hud pula. Puan Zulaikha, ibu Hanan mengangguk bersetuju.

Sebaik sahaja mereka mendapat panggilan daripada Hanan berkenaan kemalangan yang menimpa Hud, mereka bersama-sama datang ke sini. Bersyukur rasanya kerana ibu dan ayah mertuanya sangat supportive terhadapnya. Sewaktu dia rasa ingin jatuh, ibu dan ayah mertuanya sentiasa memberikan semangat agar tidak mudah mengalah.

Setelah mereka membeli makanan di kafeteria di hospital tersebut, Hanan dan ibunya mengambil tempat di tempat duduk yang disediakan. Ayah mertuanya turut makan bersama mereka.

Hanan memandang mihun sup yang masih lagi panas di hadapannya. Sungguh, dia tak ada selera nak telan apa-apa sekarang. Tapi perutnya berbunyi. Hanan mengeluh perlahan.

Dia kena makan. Dia tahu dia kena kuatkan diri. Kalau dia sendiri tak kuat, macam mana dia nak jaga suami dia? Hanan mencapai sudu di hadapannya. Kuah mihun sup dihirup perlahan-lahan.

Puan Zulaikha tersenyum nipis melihat anaknya. Dia tahu Hanan boleh hadapi ujian ni. Hanan kuat. Kalau Hanan tak kuat pun, dia akan sentiasa ada untuk tolong Hanan. Puan Zulaikha mengusap perlahan belakang badan Hanan.

Hanan tiba-tiba menekup mulutnya. Dia menoleh ke arah ibunya.

"Kenapa Hanan?"

"Ibu, mana sinki? No no, mana tandas?" tanya Hanan pantas. Puan Zulaikha mula cuak melihat Hanan yang kelihatan ingin muntah.

"Urm, kat sebelah kafe. Pusing kanan je," kata Puan Zulaikha pantas. Hanan mengangguk lalu segera berlari menuju ke tandas.

Puan Zulaikha memandang anaknya dengan ekor mata. Kasihan Hanan. Sampai boleh sakit terfikirkan Hud. Dia mengeluh.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang