Aulia memandang ke arah deretan food truck dan stall di kiri dan kanannya. Pandangannya dialihkan ke arah Faris di sebelahnya yang turut mempunyai reaksi yang sama dengannya.
Ramai. Orang.
"Banyaknya kedai. Kau nak jalan sampai hujung ke?" tanya Aulia. Jalan je pun mahu setengah jam ni. Macam tak nampak penghujung je kedai-kedai ni.
Malam itu, mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar bandar. Tengok apa yang best. Aulia dan Faris dua-dua tak pernah datang sini. Macam tourist pulak.
Mereka berjalan beriringan, tetapi Aulia berjalan jauh sedikit jarak daripadanya. Tak payah nak main dekat-dekat eh, ada yang kena hempuk dengan dia nanti.
Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual disitu. Dari makanan local sehinggalah makanan dari segala benua. Paling famous malam-malam macam ni, mestilah burger. Mana-mana kedai pun yang Aulia nampak, ramai yang beratur nak beli burger.
"Kau nak beli apa?" tanya Faris. Aulia berpaling seketika ke arahnya. Soalan macam ni yang paling tak best nak tanya perempuan, mesti lama nak fikir.
"Tak tahu la tu. Takoyaki nak? Sambil-sambil cari makanan lain," tambah Faris. Dia menunjuk ke arah kedai yang menjual takoyaki tidak jauh dari mereka. Boleh jalan-jalan sambil makan takoyaki.
Aulia memandangnya dengan wajah terkejut.
"Kenapa?"
"Mana boleh makan sambil jalan. Menjejaskan sistem penghadaman tau. Rasulullah tak bagi. Kita beli takoyaki dulu, makan kat meja situ, lepastu sambung jalan. Boleh?" Aulia memberi cadangan. Mak dia pun tak bagi makan sambil jalan. Macam apa pulak.
Faris terdiam seketika. Hm, betul jugak. Dia mengangguk setuju. Mereka berjalan menuju ke kedai takoyaki tersebut.
"Akak, beli takoyaki campur satu set. Enam biji," kata Faris kepada mak cik yang menjual takoyaki tersebut. Dia mengangguk lalu membuat kerjanya.
"Enam je? Cukup ke?" tanya Aulia lagi sambil matanya memerhatikan mak cik tersebut mengambil takoyaki yang sudah siap dimasak dari acuannya lalu diletakkan ke dalam bekas. Besarnya takoyaki dia.
Faris tersenyum. Mesti banyak makan perempuan ni.
"Kau ni. Nanti kan nak makan lagi. Banyak-banyak nanti kenyang pulak," balas Faris. Aulia melopong. Betul jugak. Faris tersengih sambil menghalakan jari telunjuknya ke kepala. Bijak,kan? dia membuat isyarat. Aulia memusingkan bola matanya ke atas. Yalah.
Setelah membayar takoyaki tersebut, mereka mengambil tempat di sebuah kawasan yang menempatkan beberapa kerusi dan meja untuk mereka yang ingin makan di situ sambil menikmati pemandangan bandar. Tengoklah kereta lalu-lalang dengan bangunan dengan lampu warna-warni. Ada juga bunga api.
Seriously, sekarang Aulia rasa nak telan liur pun awkward. Yalah, dia kongsi satu bekas takoyaki dengan lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Diulangi, lelaki. Dia ingatkan best friend lelaki dia cuma Hud je. Tu pun dia takde main makan share macam ni.
Sungguh, lain macam.
Faris memandang Aulia yang kelihatan gelisah. Takoyaki di hadapannya ditenung sahaja. Baru makan satu biji. Dah kenapa pulak dia ni?
"Kau tak nak makan ke? Aku tak habiskan la. Makan je la," kata Faris. Dia meletakkan lidinya ke tepi, memberikan laluan kepada Aulia untuk mencucuk takoyaki.
Aulia tersentak. Dia melihat Faris yang menyuruhnya makan. Aulia tersenyum sedikit sebelum mencucuk takoyaki kedua untuknya. Haha, sedap. Rasa gembira tiba-tiba. Makan memang boleh lift up mood.
Lagi-lagi dengan orang tak dikenali macam yang kat depan dia ni. Sarcasm.
Selepas mereka habis makan takoyaki, mereka menyambung exploration di deretan kedai tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
