Hanan memandang sekelilingnya yang dipenuhi tanaman dan bunga-bungaan semasa mereka berjalan-jalan di taman yang terletak di pekarangan hospital. Bibirnya mengukir senyum melihat gelagat pesakit-pesakit yang turut mengambil udara segar di situ. Rasa tenang je kat sini.
"Sayang okey tak? Tak lenguh ke kaki jalan lama-lama? Tak nak duduk dulu?" tanya Hud yang berjalan di sebelahnya, tangan kirinya menggenggam erat tangan kanan Hanan.
Hanan baru tersedar kakinya sudah sedikit sakit. Dia tersengih dan mengangguk. Mereka mengambil tempat di sebuah bangku di sebelah laluan pejalan kaki di situ.
"Cantik la taman kat sini. Nanti kita datang lagi nak? Jalan-jalan kat taman je," Hanan memberi cadangan. Hud tertawa.
"Sayang nak datang sebab nak jalan-jalan? Macam dah lari je dari function hospital. Orang datang sini sebab sakit, sayang oi," balas Hud lalu mencubit pipi Hanan. Geram betul. Pandai je mulut isteri dia ni keluarkan cadangan.
Hanan mengaduh sakit lalu menepuk peha Hud. Dia mengusap pipinya. "Ala, alang-alang kita dah lawat Faris ni, jalan-jalan la sekali. Oh, maksudnya kita kena selalu lawat Faris la kan?" kata Hanan teruja. Kalau dia boleh datang selalu semata-mata untuk ke sini, apa pun dia sanggup buat. Termasuklah third wheeling love story Faris dengan Aulia. Hehe.
Hud mengecilkan matanya. Tangannya pantas mencubit lembut lagi pipi Hanan. Hanan menjerit perlahan dan membulatkan matanya.
"Hei, pipi ni mahal tau. Apa main cubit-cubit ni?" tanya Hanan geram. Ada yang nak kena smack down kejap lagi.
Hud mencebik. "Sayang la, kenapa excited sangat nak jumpa Faris tu? Tak cukup ke ada husband macam abang ni? Wah, Hanan Nur Layla, tak sangka awak macam ni," kata Hud berjauh hati. Dia mengalihkan pandangannya dan memandang ke hadapan, tidak ingin memandang Hanan.
Hanan mengerutkan dahi lalu dia ketawa. Haih, kadang-kadang dia sendiri tak boleh brain dengan suami sendiri. Nilah yang dikatakan cemburu tak bertempat.
Dia meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya ke pipi Hud dan ditarik supaya memandangnya.
"Abang, abang tahu kan abang dah berubah? Dah lain sangat dengan Hud yang dulu," kata Hanan lembut. Rasa nak headbutt je Hud sekarang.
Hud pula mengerutkan dahi dan dia menarik semula kepalanya dari tangan Hanan, masih merajuk. "Apa yang lainnya?" Hud bertanya.
"In case la abang tak sedar, sekarang ni abang je yang cepat naik angin, senang sangat emo. Mungkinlah moody saya tu dah berjangkit kat abang, sebab saya okey je sekarang.
Baguslah kot sebab saya tak moody, tapi pening jugak nak melayan suami yang senang merajuk ni. Dengan baby dalam perutnya ni lagi, " Hanan menggelengkan kepala, rasa fed up tiba-tiba bila fikir balik. Bersyukur sangat sebab dia masih lagi mampu bersabar dengan perangai Hud yang makin tak boleh dijangka.
Hud mencebik. "Macam mana tak moody bila isteri kata nak lawat lelaki lain selalu," dia berbisik perlahan, tetapi masih dapat didengari oleh Hanan yang terus menggelengkan kepalanya.
"Abang, kalau apa yang saya buat selama ni masih tak cukup nak buktikan kat abang yang saya tak pandang orang lain, cukuplah abang pandang perut saya ni. Berat sangat la, takde masa nak fikir siapa-siapa dah. Cukuplah sorang je suami nak kena fikir," kata Hanan lalu tergelak. Nampak sangat dah dia ni siapa punya, dengan perut besarnya, dengan lelaki overprotective kat sebelah dia ni. Siapa je nak kacau?
"Amboi. Macam menyesal je," Hanan buat muka tak bersalah dan mengangkat bahunya.
"Tapi abang tak jealous pun. Abang rasa..Faris tengah nak confess kot tu dengan Aulia," kata Hud lalu memandang bangunan hospital berwarna putih dan beige di sebelahnya. Bibirnya menguntum senyum. Nampaknya dia mainkan peranan untuk hubungan Faris kali ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
