Thirty-five : Meeting His Mom

676 27 0
                                        

Aulia menggelengkan kepalanya pantas apabila melihat Faris mengajaknya masuk ke dalam rumahnya.

"Woi, mak aku suruh kau masuk dulu. Cepatlah, nanti lambat pulak," kata Faris. Dia menggoyangkan tangannya, meminta Aulia masuk ke dalam rumah.

"Ish, malulah aku. Buat apa?" tanya Aulia. Padahal dia faham, mestilah mak Faris nak tahu, anak siapa yang nak ajak anak teruna dia keluar, siap bermalam lagi. Sekurang-kurangnya nak tahu nama, kenal muka.

Yang Faris ni pun satu, dah besar pun duduk rumah mak ayah lagi? Bagus sungguhlah. Jimat bajet.

"Eh, kau ni. Adab la, cik kak. Cepat, kalau tak aku tak ikut kau. Duduk la luar tu, " balas Faris, malas nak melayan. Dia yang berdiri di hadapan pintu pagar mula memusingkan badannya, ingin masuk semula ke dalam rumah.

Aulia menggigit bibirnya. Ish, main ugut-ugut pulak. Dia pun satu, kenapalah sibuk sangat dia nak ajak lelaki ni ikut dia pergi wedding kawan dia tu?

Tapi bila teringat balik ayat kawan dia, memang dia kena bawak jugak Faris ikut dia.

"Weh Aulia, aku tak nak kau datang sorang-sorang eh. Kalau kau tak bawak siapa-siapa teman kau, pintu gerbang dewan tu tak alu-alukan kau. Paling tak pun bawak la ayah kau ke," kawan dia pernah berkata.

Masalahnya, ayah dia busy teramat. Memang sengaja betullah! Ingat dia ada sugar daddy ke apa? Grr..

Dalam keterpaksaan, Aulia menurut langkah Faris masuk ke dalam rumahnya.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke kawasan dalam rumah, sepasang mata memandangnya sebelum pemilik wajah tersebut tersenyum manis.

Ni kot ibu Faris. Nampak macam tak tua sangat. Kahwin muda mungkin?

Aulia turut tersenyum. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Duduklah. Faris, tolong amikkan air. Umi dah bancuh air kat dapur," kata umi Faris. Faris hanya mengangguk. Dia memandang Aulia sekilas sebelum berlalu ke dapur.

"Ni..kawan Faris ye? Siapa namanya? Oh, panggil mak cik Kak Zila je. Belum tua lagi pun. Tapi kalau nak panggil umi lagi bagus. Dialu-alukan sangat, " kata Kak Zila sambil tersengih.

Aulia terasa cramp mukanya. Tak tahu nak senyum ke tak. Alamak, inilah sebabnya dia tak nak masuk dalam. Daripada pandangan mak Faris ni dia dah dapat tangkap maksud mak Faris.

"Eh, takpelah, saya panggil Kak Zila aje. Nama saya Aulia. Kawan Faris tu," eh kejap, kawan ke eh? Lebih kepada, jumpa beberapa kali, angkut bawak lari. Macam pantun pulak.

"Saya mintak maaflah Kak Zila, sebab nak pinjam anak akak. Bukan bawak jumpa mak ayah saya ye. Macam..teman saya gitu jela," jelas Aulia. Tak naklah Kak Zila tersalah faham nanti. Dia tak pernah ada niat apa-apa mahupun secubit perasaan terhadap anak Kak Zila.

Walaupun Faris tu baik plus handsome orangnya. Tinggi jugak. Haha.

Okey cukup.

Kak Zila pantas menggeleng.

"Eh takpe. Anak akak tu, walaupun lelaki, memang tak reti nak berjalan. Melekat kat rumah aje. Bagus la Aulia bawak dia keluar, makan angin sikit. Kalau melekat kat rumah je, macam mana nak cari jodoh, ye tak? " kata Kak Zila lagi, sambil mengangkat keningnya.

Aulia menelan liurnya. Uish, makin mendalam la pulak ayat Kak Zila ni. Hint dah macam bukan hint. Dia tersenyum jela mampu.

"Perangai dia sama je macam arwah ibu dia dulu. Sopan je, " kata Kak Zila lagi.

Aulia terdiam sebentar. Arwah ibu? Maksudnya Kak Zila bukan ibu kandung Faris ke?

"Akak tahu apa Aulia fikir. Taklah, akak kawan baik arwah ibu dia dulu. Lepas ibu dia meninggal, ayah Faris ada masuk meminang akak, dengan harapan untuk ada jugaklah orang yang dapat tengok-tengokkan anak dia.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang