Thirty-four : I Don't Know

663 29 0
                                        

Hari kedua. Esok, majlis nikah akan diadakan di rumah milik pak cik Hud, atau dipanggil Pak Ngah.

Hanan baru tahu semalam sebab Hud rapat dengan Fakhira. Sejak ibu Hud meninggal, Hud lebih rapat dengan Mak Ngah, dan dianggap seperti ibu kandungnya sendiri. Automatik dia pun rapat sekali dengan sepupunya. Sebab tulah mereka jadi best friend, Hud dan Fakhira.

Hari ini, Hanan duduk lagi di ruang tamu kedua di rumah Fakhira. Kali ini, dia volunteer untuk pakaikan inai di jari Fakhira. Dia sempat self-claim yang dia pro bab-bab pakaikan inai. Jadi, here we are, saling pakai inai di ruang tamu.

Selepas sahaja dia siap pakaikan inai di jari Fakhira, beratur pula sepupu-sepupu kecil suaminya dan anak-anak buah untuk minta dipakaikan inai jugak. Penat jugak.

"Seriously, Hanan, kau memang pro. Dah macam betul-betul profesional la. Kalau aku upload ni, mahu ada yang nak order," kata Fakhira sambil memandang ke arah kedua-dua tangannya yang penuh dengan lukisan inai.

Hanan tersengih. Kan dah kata. Ha, semalam dia main ber saya awak dengan Fakhira, hari ni Fakhira sendiri mintak supaya mereka ber aku kau je. Kurang sikit awkward.

"Kau tak nak pakai ke? Pakai yang simple je pun boleh," kata Fakhira lagi. Dia meletakkan tangannya di udara dan meniupnya sedikit, menunggunya kering.

Hanan menggeleng.

"Tak nak la. Malu je. Bukan aku yang kahwin. Aku dah pakai inai empat bulan yang lalu. Kali ni kau pulak," balas Hanan.

"Ala, pakai bahagian jari je. Aku tak mintak pun kau pakai lukis macam aku ni. Takde-takde, semua pakai, kau pun kena pakai jugak. Lepas aku punya kering, aku pakaikan kau. Faham?" kata Fakhira, berkeras. Hanan malas ingin melawan, lalu dia hanya mengangguk. Fakhira tersenyum.

***

Seharian ni, Hanan tak sempat nak berborak dengan suaminya. Walaupun sekejap. Hud nampaknya sibuk dengan pelbagai perkara. Tak, dia pun tak tahu apa yang disibukkan suaminya. Sedangkan dia pun tak tahu nak buat apa selain melayan sepupu-sepupu kecilnya. Dan anak-anak mak ciknya. Jadi, ke mana agaknya suaminya menghilang?

Sampai ke malam, semasa mereka sedang makan malam, suaminya tidak turut serta. Rasa kecewa sikit. Dia nak tanya, tapi handphonenya tertinggal di homestay.

"Hud pergi keluar. Dia teman bakal suami aku beli barang. So sorry ye sebab kidnap suami kau tak bagitahu awal-awal," kata Fakhira setelah mereka selesai makan malam.

Hanan mengangguk. Tanpa sedar dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tahu ke mana Hud pergi.

Malam itu, Fakhira menghabiskan masanya di homestay yang sebesar vila, sebab rumah tersebut turut terletak di kawasan perumahan yang sama dengan rumah Fakhira. Mereka berbual di ruang tamu bersama sepupu-sepupu yang lain. Boleh kata ramai juga sepupu Hud, dan adalah dalam tiga empat orang yang sudah berkahwin. Bagus bila sewa homestay, kurang rasa crowded.

Tiba-tiba, seseorang masuk ke dalam homestay tersebut. Mereka yang sedang berbual serentak menoleh. Hanan berkerut seketika memandang gerangan tersebut.

Seorang wanita memakai kemeja putih yang di tuck in ke dalam seluar slacknya, dan memakai shawl satin dengan warna sama dengan kemejanya memandang ke arah mereka. Sekali pandang nampak stylish.

Hmmm.. macam tak pernah nampak. Ni cousin Hud jugak kot?

Wanita tersebut melemparkan senyumannya lalu melangkah menuju ke ruang tamu tempat mereka berada.

"Oh, balik jugak dia ni. Ingatkan tak balik," Hanan mendengar Fakhira berbisik perlahan.

"Faakhiraaa! Lama tak jumpa kau! Dah nak kahwin dah! Aku nak kahwin jugak, tapi tak boleh, sebab future husband aku dah kena rembat," kata perempuan tersebut lalu mengalihkan pandangannya ke arah Hanan dengan renungan tajam.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang