I am a hopeless romantic.
Seumur hidup aku, aku dah cuba elakkan diri dari segala kemungkinan akan berputik rasa suka. Aku elakkan diri dari segala kebarangkalian wujudnya kisah cinta. Bukan sebab aku tak nak, tapi..entahlah.
Ada ke lagi rasa tu dalam hati? Bila dari kecil kau dah dilayan tanpa kasih sayang dari ibu ayah kau sendiri, kau mula rasa yang kau tak perlukan pun benda tu. Sayang? Tak apa. Cinta? Memang tak la. Aku rasa aku tak perlukan pun kasih sayang daripada manusia, dan aku tak layak untuk dihulurkan rasa cinta daripada orang lain.
Mungkin aku sebenarnya perlukan benda tu. Tapi disebabkan dah lama aku hidup keseorangan dalam dunia ni, aku mula tanamkan rasa yang aku tak nak pun sayang dan cinta tu.
Tapi..kenapa sekarang? Kenapa di saat aku sepatutnya dah dapat kuatkan diri dan hati aku untuk tolak perasaan orang lain, kau muncul? Tolonglah jangan cemari hati aku dengan segala tindakan gentleman kau. Jangan goyahkan hati aku dengan senyuman mahal kau. Jangan takutkan aku dengan kata-kata kau yang bukannya aku tak faham, tapi sengaja buat-buat tak faham. Sebab aku tak nak terima perasaan kau.
Bukan sebab aku tak nak, tapi kau layak bersama dengan yang lebih baik daripada aku.
"Helo?" Aulia bertanya kepada orang di hujung talian. Mengacau je dia berangan dan bermelankolik seorang diri. Waktu-waktu cuti nilah waktu dia menyelami kehidupan lalu dan membayangkan masa depan yang tak pasti. Dalam erti kata lain, mengelamun.
"Aulia ke ni?" suara tersebut bertanya semula. Suara yang Aulia kenal, walaupun baru pernah berbual beberapa kali.
"Kak Zila? Haah, Aulia ni. Kenapa kak?"
Kedengaran suara Kak Zila mengeluh. Nafasnya turun naik kerana resah. Untuk apa, Aulia pun tak tahu.
"Urm, takde apa. Akak rasa macam Aulia patut tahu benda ni. Ataupun akak nak..pastikan dia takde kat situ?"
Aulia berkerut. Makin panjang ayatnya, makin dia tak faham apa yang cuba disampaikan.
"Apa maksud akak? Saya tak fahamlah," kata Aulia lagi. Kedengaran Kak Zila menarik nafas panjang sebelum menyambung.
"Aulia tahu kan Faris pergi mana hari ni?" Aulia terdiam sejenak. Dia memandang seketika tarikh yang terpapar di skrin telefonnya. Oh.
"Faris kata dia ada hiking harini dengan company dia. Kenapa kak?" tanya Aulia. Ada apa-apa masalah ke?
Kejap, bila fikir balik, kenapa pulak Kak Zila telefon dia? Kak Zila ingat Faris ada datang sini ke lepas hiking? Jam dinding dipandang sekilas. Dah pukul 5 petang. Belum balik ke Faris?
Kak Zila mengeluh. "Itulah. Masalahnya, tadi ada orang dari company dia call. Dia cakap, Faris hilang!"
Aulia membulatkan matanya.
"Hah?!"
***
"Weh, kau nak ikut aku tak?" tanya Faris sewaktu mereka pergi berjoging bersama-sama di taman tasik berdekatan rumah Aulia. Rumah Aulia ye, sebab dia malas nak pergi jauh-jauh. Nasiblah Faris yang kena datang jauh, siapa suruh ajak dia.
Aulia pun tak tahu kenapa tiba-tiba je Faris ajak dia keluar. Jogging la sangat. Walaupun memang mereka jogging pun, tapi Aulia dapat kesan niat Faris.
Mesti tak ada kerja sampai nak ajak anak dara orang jogging sekali. Dah takde kawan lain ke?
Selama ini, dia dah cuba hapuskan segala benda-benda pelik dari fikirannya. Dia takkan syak yang Faris ada apa-apa perasaan pada dia, sebab..kenapa? Tak berbaloi pun. Jadi dia anggap Faris cuma ajak dia sebagai kawan.
ANDA SEDANG MEMBACA
You Fell First
Romance[EBOOK AVAILABLE - RM 6] WHATSAPP 0176221665 Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap jugak ada seorang lelaki yang tak faham bahasa! Hud A...
