Forty-nine : Confession

881 27 0
                                        

Aulia mengurut pelipisnya yang terasa mencengkam. Dia menghembus nafas perlahan. Jam dinding yang terletak betul-betul di hadapannya dipandang. 4.15 petang. Sejak dia singgah sekejap ke bilik Faris semasa dia masih lagi terlena tengah hari tadi, dia tak dapat nak lelapkan mata.

Akhirnya, dia bangun dari katil. Tangannya yang berbalut sehingga ke siku dipegang perlahan, rasa pedih masih terasa. Kakinya juga masih lagi sakit, tapi dia masih boleh berjalan. Tangannya menarik IV drip bersamanya dan dia berjalan menuju ke wad sebelah tempat Faris berada.

Dia ingin mengetuk pintu bilik terlebih dahulu. Rasa tak baik pulak kalau main terjah je. Tadi pun masa dia nak keluar dari wad Faris, Hanan dan bosnya, Hud datang melawat. Disebabkan mereka tengok Faris masih tidur, jadi Hanan dan Hud ambil kesempatan untuk lawat dia terlebih dahulu.

Dah lama dia tak nampak Hanan, nampak seri ibu mengandung di wajahnya. Hm, tak tahulah wujud ke tak istilah tu, tapi muka Hanan nampak gembira je. Bercahaya gitu. Baby bump pun dah nampak. Kalau ikutkan yang Hud pernah beritahu dia, rasanya dah enam bulan jugak kandungan Hanan. Yeah, tak sabar nak tengok hasil keindahan sains tak lama lagi. Haha.

Pergerakannya terhenti apabila dia terdengar suara Faris dan Hanan sedang berbual tentang sesuatu. Patutnya dia boleh ketuk je, tapi entah, dia rasa macam tak patut pulak nak kacau. Tapi nak pergi macam tak kena pulak, sebab dia nak dengar jugak. Sudahnya, dia merapatkan telinganya ke pintu. Bahagian cermin di pintu tersebut membolehkannya nampak Faris yang sudah duduk di atas katil dan Hanan berdiri tidak jauh daripadanya. Muka masing-masing nampak serius bercampur terkejut.

"Kau biar betul? Apsal kau tak bagitahu aku? Dah lama kot kita kawan," kedengaran suara Hanan dari dalam wad. Nadanya seperti kecewa. Aulia melihat Faris tersenyum hambar lalu menggeleng.

"Aku..tak tahu nak cakap macam mana. Takkan aku nak cakap dengan kau, helo, aku pernah jumpa kau dulu. Ingat tak, ayah kau dengan mak aku meninggal sama-sama tu? Macam tu ke?" tanya Faris semula, nadanya diceriakan. Dia tidak mahu Hanan menangis pula di sini. Padahal pesakit kat sini elok je bernafas.

Hanan meletuskan tawa. "Sampai hati kau. Patutlah kau boleh berbual dengan aku macam member je masa dulu. Takkan la kau kenal aku kot? Muka aku kan lain," balas Hanan. Dia menekupkan mukanya, cuba mengesat sisa air mata di pipinya.

"Entahlah. Bila aku nampak kau, aku macam rasa..clicked. Maybe muka kau dulu dengan sekarang sama je kot," Faris mengangkat bahunya. Hanan mengangkat tangannya mengacah penumbuk. Ada jugak salah landing nanti. Cakap takde filter betul.

Aulia turut tersenyum mendengar kata-kata Faris. Macam mana orang boleh rasa Faris ni cold-hearted? Dia boleh selamba badak buat lawak macam tu kot. Hmm.

"Tak, tak. Maksud aku, dulu dengan sekarang, sama je. Cute," tambah Faris dengan senyuman di bibir. Senyuman Aulia mati. Dia mengetap bibirnya.

Dia tahu Faris tak bermaksud apa-apa, tapi kenapa dia rasa semacam? Ni ke..jealous? Rasa macam nak hempuk kepala kat pintu ni sekarang jugak.

Hanan mengecilkan matanya memandang Faris sebelum mengukir senyum. Tahu je nak sedapkan hati orang. Macam manalah dia nak marah lama-lama dengan kawan dia sorang ni?

Hud yang duduk di kerusi berhadapan dengan Faris sudah mengangkat keningnya memandang Faris dengan pandangan membunuh. Faris yang memandang Hud terus mengangguk faham. Haih, tak chill betul.

Akhirnya, Aulia mengetuk pintu dan membuka pintu wad Faris. Empat mata memandangnya dan tersenyum, tetapi Faris terus bangun dari katilnya dan berjalan pantas mendekati Aulia. Matanya memandang tubuh Aulia, memeriksa keadaannya.

"Kau okey tak? Sakit lagi eh? Apsal tak tunggu aku datang je?" tanya Faris risau. Dia mengangkat tangannya ingin menyentuh Aulia, tetapi dia meletakkan semula tangannya ke sisinya. Akhirnya, Faris mengangguk berpuas hati melihat Aulia. Dia berjalan semula beriringan dengan Aulia menuju ke katilnya.

You Fell FirstTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang