Kaki terus melangkah tanpa arah tujuan dalam kepekatan malam. Bunyi cengkerik di sepanjang jalan membuatkan aku lebih tenang tanpa gangguan manusia di sekelilingku.
Airpod yang berada di dalam poket hoodie, segera aku sumbatkan ke dalam telinga. Muzik? Yup, dengan cara mendengar lagu dapat sedikit sebanyak menenangkan fikiranku yang kusut kini. Jiwaku terasa tenang untuk seketika.
Setelah sekian lama kakiku melangkah, aku berhenti di pasaraya. Pasaraya ini dibuka 24 jam sama seperti 7 eleven cuma pasaraya ini lebih besar daripada 7 eleven. Seorang perempuan memandang ke arahku apabila aku tolak daun pintu. Dia menghadiahkan sebuah senyum manis ke arahku. Aku tayang muka beku selayaknya seorang Arsya Althea.
Kaki dibawa ke bahagian aiskrim. Aiskrim La Cremeria Chocolate Brownie Fudge With Sea Salt aku capai dan aku terus menuju ke kaunter.
Perempuan tadi senyum lagi ke arahku. Mencuba nasib. Mungkin aku akan membalas senyumannya. Nampak muka aku macam kisah dengan kau? Aku tak ada masa nak beramah mesra dengan manusia sekarang ni!
Setelah selesai membuat pembayaran, aku menuju ke taman permainan yang berdekatan. Aku melabuhkan diriku di atas buaian lalu mengayun diriku. Manusia lain sedang diulit mimpi sedangkan aku bersendirian di taman permainan.
Fikiranku melayang apabila mengingati kembali punca aku keluar rumah pada waktu begini. Sakit hati. Kecewa. Marah. Perasaan yang tak dapat aku ungkap dengan kata-kata.
Jam di pergelangan tangan kiri aku pandang. Pukul 2:00. 2 pagi ya, bukan 2 petang. Aku boleh dikategorikan spesis burung hantu mungkin. Sebab berkeliaran pada waktu begini. Burung hantu pun burung hantu lah.
Aiskrim La Crimea yang menjadi kegemaranku dinikmati bagi menyejukkan hatiku yang sedang kepanasan. Orang kata..kalau tengah sedih atau marah kita kena cari benda yang sejuk untuk kawal emosi kita. Banyaklah kau punya orang Arsya padahal kau sendiri yang cakap. Hahaha.
Aku terlalu percaya dengan kata-katanya dan akhirnya aku kecewa. Firasat aku benar. Topeng yang dia pakai sebelum ini telah membuat aku buta berkaca seperti apa insan bergelar lelaki. Disebabkan cinta, aku pilih jalan ini untuk buktikan bahawa tekaan sahabat aku salah and now, served you right Arsya Althea.
Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya aku rasa dusta semata-mata.
Nak sangat percaya cakap lelaki. Kan dah kena atas batang hidung sendiri. Poor you, Arsya Althea!Sedang aku melayan perasaan tiba-tiba bahuku disentuh oleh seseorang. Aku terus menutup mataku lalu meletakkan aiskrimku dihadapan mukaku. Aset paling penting yang aku kena jaga adalah muka. Kang habis muka aku kena cakar siapa yang nak bertanggungjawab? Aku tak nak buat pembedahan plastik. Mahal kot!
"Cik hantu jangan kacau boleh tak? Saya cuma ada aiskrim ni je. Kalau nak beli sendiri. Jangan kacau ketenteraman saya!" Aku boleh bayangkan cik hantu yang memakai baju putih dan rambut yang panjang mengurai serta mempunyai kuku yang tajam. Eh, kejap hantu makan aiskrim ke?
Senyap. Fuh. Dah pergi agaknya hantu itu. Belum sempat aku menghembus nafas lega aku mendengar suara seseorang ketawa. Aku buka mataku dengan perlahan. Muncul seorang makhluk yang memakai T-shirt putih dengan seluar track hitam. Nak bersukan ke apa? Cuma dia tak pakai kasut sukan je. Kalau tak cukup package nak jogging dua pusingan dekat taman ini. Pagi-pagi buta? Gila ke apa jogging pukul 2 pagi.
Yang ini bukan hantu tapi best friend cik hantu. Seronok sangat kenakan aku sampai merah mukanya gelakkan aku dengan tangan kanannya diletakkan di hadapan mulutnya. Gelak tak ingat dunia tapi gaya macam perempuan melayu terakhir. Tutup mulut bagai. Ingat lawak lah tu!
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Bí ẩn / Giật gân1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...