1. EVE
Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...
Petang itu, Maeza mengajak aku dan Rareesa untuk pergi ke Barber shop di sebuah mall. Katanya dia mahu pergi ke barber untuk menukar warna rambutnya ke warna asal.
Warna asal? Bukan Maezalah kalau tak warnakan rambutnya lagi. Memang menipu besar kalau Maeza cakap dia nak warnakan rambut dia kepada warna asal.
Tengoklah sekarang. Dia warnakan rambut dia warna ungu. Tapi, sebelum itu dia menyuruh barber tersebut memotong rambutnya sebelum diwarnakan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Rareesa juga terjebak sama apabila Maeza mengajaknya untuk mewarnakan rambutnya. Warna rambut asal Rareesa memang cantik kerana warna rambutnya berwarna hitam pekat. Tidak sepertiku, rambutku yang berwarna coklat keperangan. Namun, aku tidak tertarik untuk menukar warna rambutku kepada warna lain.
Awalnya Maeza mengajakku untuk mewarna rambutku sepertinya tapi awal-awal sudah aku menolak.
Sudahnya Rareesa yang menjadi mangsa kini. Eshal pun ikut turut serta apabila Maeza mengajaknya untuk lepak bersama. Katanya dia mahu melepaskan segala sakit hatinya. Eshal pun turut mewarnakan rambutnya. Rareesa dengan warna grey and silver manakala Eshal dengan warna emerald black.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dah macam power rangers dah. Sumpah aku malu dengan mereka ini. Sementara menunggu mereka selesai mewarnakan rambut di kedai tersebut aku keluar ke kedai lain untuk mengisi tekak aku yang haus.