Perkara pertama yang aku lakukan untuk berbaik dengan papa adalah aku menginap di villa papa. Sudah tiga hari aku menginap di sini. Aku mula rapat dengan papa semenjak tiga hari yang lepas namun aku belum rasmi meminta maaf padanya atas khilaf aku kepadanya.
Petang itu, papa duduk di bilik bacaannya. Menguruskan syarikat. Semenjak abang Ayden dimasukkan ke hospital papa lah mengurus syarikat. Azka Empire. Al-maklum lah papa bakal mengeluarkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan design dan enjin yang lebih berkualiti daripada sebelum ini.
Produk ini bakal dilancarkan minggu hadapan. Jadi, papa agak sibuk juga untuk menguruskan segala benda. Walaupun ada anak-anak buahnya yang boleh menguruskannya namun papa lebih suka melakukan hal tersebut dengan sendiri.
Motosikal yang berkuasa tinggi itu diberi nama Azkati. Nama ini diberi sempena Azka merupakan nama syarikat manakala Ti pula merujuk kepada perempuan puteri bangsawan dalam bahasa Yunani. Fokus syarikat papa mencipta motosikal ini kerana kebanyakan wanita-wanita di luar sana meminati kenderaan dua roda ini.
Jadi, tidak salah jika syarikat ini memasarkan produk baharu mereka di pasaran apabila ramai wanita yang lebih memilih kenderaan dua roda ini.
Papa juga memang mahu mencipta motosikal berkuasa tinggi ini kerana anak perempuan dia agak lasak di atas jalan raya.
Tidak hairan lah papa memang mencipta jenama baru ini diberi nama Azkati.
Logo A dan Z yang dicantumkan menjadikan ia menjadi sangat cantik dengan warna silver dan keemasan.
Semalam papa mengajakku ke syarikatnya untuk memperlihatkan aku jenama baru syarikat Azka Empire. Cantik sangat. Azkati mempunyai tiga warna pilihan iaitu rich black yang merupakan warna utama manakala warna midnight blue dan neon purple menjadi pilihan kedua dan ketiga.
Tiga warna yang sangat cantik bagiku. Setahu aku, ini adalah projek yang tergendala beberapa tahun yang lepas. Dan papa bakal merasmikan motosikal berkuasa tinggi ini pada minggu hadapan.
Sepatutnya abang Ayden yang akan uruskan semua benda ini. Tapi, abang Ayden...
Hati dipagut sayu apabila mengingati abang Ayden. Bila agaknya abang Ayden akan sedar. Rindunya.
Bayang abang Ayden hilang apabila aku mendengar loceng rumah berbunyi. Ada tetamu.
Kaki melangkah turun ke tingkat bawah. Ruang tamu dituju. Ada seorang wanita dalam umur awal 40-an dan seorang lelaki. Mungkin suaminya. Iris hijau lelaki itu menarik minatku. Seperti iris mata milik Evren Hakimi.
Sudah lama aku tidak bersua muka dengan Evren selepas aku berjumpa dengannya tempoh hari. Jangan cakap yang mak dengan ayah dia datang nak meminang aku.
Tanpa sedar kaki sudah mencecah di ruangan tengah ruang tamu. Papa, mama dan bunda turut berada di situ. Aku seperti dipukau kerana masih memproses dengan keadaan yang berlaku.
"Sya, apa berdiri dekat situ. Ni mak mertua dengan ayah mertua datang." Papa menegurku.
Mak mertua? Ayah mertua? Tadi, aku hanya bergurau. Bukan betul-betul pun. Aku mula gugup. Kaki perlahan-lahan melangkah ke arah mereka. Tangan dihulurkan untuk bersalam.
Wanita tersebut menyambut tanganku. Begitu juga lelaki di sebelahnya.
"Patutlah Kimi beria sangat suruh bubu datang masuk meminang. Cantiknya bakal menantu kita baba," puji wanita tersebut.
"Eh, tak lah aunty. Biasa je lah. Aunty pun apa kurangnya," balas aku sekadar mahu menutup malu.
"Apa aunty pula. Bubu," ujarnya membetulkan panggilan aku padanya tadi. Aku hanya angguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/343104240-288-k28369.jpg)
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Misteri / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...