Setelah tiga hari aku berkampung di hospital aku dibenarkan pulang ke rumah. Aku terpaksa mengikut mama pulang ke villa Encik Arman Akhtar.
Aku menolak sekeras-kerasnya pada awalnya namun mama mengugut aku untuk menggugurkan aku dalam kes abang Ayden.
Aku akhirnya pasrah. Semua hal yang melibatkan abang Ayden sangat sensitif bagiku. Mama tahu abang Ayden adalah kelemahan aku. Aku terpaksa menetap di sini namun aku akan pastikan yang aku tak akan tinggal lama di sini. Tengok saja nanti!
Aku cuba untuk meneroka di setiap pelosok rumah ini. Lagipun aku jarang sekali untuk menjejak kaki di sini. Bermula dengan tingkat atas. Ada ruang yang agak luas di hujung yang menempatkan sebuah sofa berbentuk L. Terdapat televisyen terletak elok melekat di dinding. Alat kawalan jauh diambil untuk menonton televisyen. Kaki dilunjurkan lalu disilang.
Ada badan kecil yang mendekatiku dari belakang. Tangan kecilnya menghulurkan pop corn. Aku memandang dengan pandangan kosong. Tak boleh nak tengok aku senang sikit!
Pop corn masih disuakan ke arahku. Aku mengambil pop corn tersebut lalu aku sumbatkan di dalam mulut. Senyum manis di wajahnya apabila aku mengambil pop corn itu.
"Kakak, Ayra kangen sama kakak. Bunda bilang, kakak sakit ya. Emangnya kakak sakit apa?" Mulut kecilnya becok bertanya seraya melabuhkan punggungnya di atas sofa yang sama.
"Aku sakit sikit je. Kau tak payah nak acah-acah ambil berat pasal aku."
"Aku tahu kau nak sesuatu dari aku. Tak payah nak cakap kau rindu dekat aku. Baik kau cakap dekat aku sekarang kau nak apa?"
"Ayra enggak bohong. Benar kok Ayra kangen sama kakak."
"Tch. Aku malaslah nak layan kau."
"Tapi kan, bisa enggak kakak jadi princess kayak dulu."
Aku tepuk dahi. Kan aku dah cakap budak Ayra ni memang tak boleh nak percaya. Aku masih ingat aku tak cukup tidur sebab layan karenah dia ni. Nak aku jadi princess bagai. Hari ini apa pula?
"Aku tak ada mood. Kau mainlah dengan Cik Nana." Nana pengasuh Ayra. Dia rapat dengan Cik Nana tapi tiap kali aku balik dia asyik melekat dengan aku. Nak rehat dengan tenang pun tak dapat!
"Cik Nana enggak ada. Dia udah pulang. Ayokk. Kali ini aja," pujuk Ayra lagi.
Kalau aku tak ikut kehendak dia nanti dia menangis macam aku dera dia pula.
"Hmm. Kita nak buat apa?" Alat kawalan jauh di atas sofa tadi aku capai. Butang off ditekan. Tiada siaran yang menarik minat aku.
"Hari ini Ayra mau kakak jadi Cinderella. Ayra jadi ibu peri."
Aaaa sudah. Cinderella pula. Dongeng apa pula kali ini. Ini semua salah Cik Nana sebab selalu bagi dia dengar cerita pasal princess sebelum tidur. Sekarang ini aku yang jadi mangsa. Aku bakar semua buku cerita dia nanti baru tahu.
Hari itu aku kena jadi Ariel. Lepas itu, jadi Bella dan hari ini kena jadi Cinderella. Nak je aku sumpah Ayra ni jadi kodok. Senang hidup aku!
Aku layan saja karenahnya dan mengikut setiap kata-katanya. Telefon aku menjerit minta diangkat. Aku mengambil telefonku di atas sofa.
"Helo Reesa. Ada apa kau call aku ni."
"Kau kena balik mansion Ayden sekarang. Penting." Suara Rareesa serius di hujung talian.
Tadi, dia dan Maeza hanya menghantar aku ke villa Encik Arman Akhtar. Walaupun aku berkeras mahu mengikuti mereka tadi tapi mama memaksa aku untuk tinggal sini. Jadi, aku ada alasan untuk pergi dari sini. Sekurang-kurangnya aku dapat melepaskan diri dari budak kecil ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...