Bab 35

264 12 0
                                    

Bilik rahsia, mansion Ayden.

Kami berenam duduk memandang kad yang disusun di atas meja. Enam? Ya, suami aku turut berada di sini untuk pertama kalinya.

Kad harimau yang berwarna emas dengan logo kepala harimau aku pandang kesekian kali. Tangan mengetuk meja sambil memandang satu-persatu kad itu. Kad harimau itu sekarang ada lima. Yang mengelirukan aku, kad ini tiada penunjuk lain melainkan logo kepala harimau sahaja.

Tapi, seperti yang Hakim katakan padaku semalam mustahil kad itu hanya kad kosong. Pasti ada sesuatu petunjuk yang cuba dalang berikan padaku.

Papan putih yang sudah diconteng itu dipenuhi dengan segala maklumat yang aku dapat. Dalang yang misteri. Dalang yang bersembunyi di sebalik gambar kepala harimau.

"Sya, kau tak rasa kad ini macam pelik ke? Takkan tak ada clue langsung pasal dalang. Mesti ada kan." Darwisy mula bersuara.

"Aku pun rasa macam itu. Tapi, satu apa pun tak ada petunjuk. Kecuali kad yang kita dapat dekat balapan. Itu pun menuju ke mansion Ayden." Maeza mengutarakan pendapatnya.

"Kau rasa lah kan, dia nak apa sebenarnya?" Maeza menjongketkan keningnya.

Aku hanya mengangkat bahuku. Tanda tidak tahu. Aku pun pening sekarang ini. Nak cari satu petunjuk pun susah. Cuma ada kad harimau.

Evren mengangkat kad tersebut satu persatu.

"Dekat mana kau dapat kad ini?" Nadanya serius dan dingin.

"Dekat tempat yang sama?" Evren menyoalku lagi. Anak mata hijau memandang tepat ke arah mataku. Kepala digelengkan.

"Semua kad yang aku dapat dekat tempat yang berbeza," jawabku yakin.

"Kad pertama, Darwisy jumpa dekat cafe Adam. Kad yang kedua pula Raid yang bagi semasa IV abang Ayden drop. Untuk kad yang ketiga Balapan The Hawk. Masa tu aku tengah one by one dengan Ez."

Jeda untuk seketika.

"Kad keempat dia letakkan dekat luar pagar. Masa aku tengah demam. Maksud aku hari yang kau datang lawat aku pagi tu. Dia datang malam. Cuma dia kurang bijak sikit sebab dia ingatkan tak ada orang dekat rumah masa tu."

"Dan, kad yang terakhir aku dapat semalam. Tercicir depan pintu hospital. Abang Ayden baru sedar dari koma," ujarku satu-persatu tanpa ada yang mencelah. Semua hanya mendengar dengan teliti setiap maklumat yang aku berikan.

Dalam keadaan tegang begini...

Tiba-tiba pintu bilik diketuk oleh seseorang. Semua memandang ke arah pintu. Mula rasa curiga.

Tok! Tok! Tok!

Tiada sebarang bunyi setelah itu. Tidak menunggu lama. Pintu bilik diketuk lagi.

Tok! Tok! Tok!

"Kakak, buka dong pintunya. Ayra pengen masuk. Ayra bosan sendirian di luar."

Maeza menepuk dahi. Ingatkan siapalah tadi. Lupa pula dengan budak kecil ini. Ayra Adreena ikut sekali datang sini sebab mama, papa dan bunda sibuk dengan abang Ayden. Manakala pengasuh Ayra pula balik kampung jadi tiada siapa yang dapat menjaga Ayra. Maka, Ayra dititipkan pada aku dan Evren untuk seketika.

Eshal dengan pantas bangun dari kerusi lalu membuka pintu. Terjengul wajah comel Ayra. Sebuah gelas berwarna hitam di tangannya. Dia naik ke atas kerusi di sebelahku dengan bantuan Eshal kerana dia kan pendek berbanding kerusi di bilik ini agak tinggi. Air tadi diletakkan di atas meja.

"Ayra, duduk diam-diam dekat sini. Jangan kacau kita orang okay," pesanku. Ayra angguk faham.

"Hai princess," sapa Evren.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang