Bab 30

278 13 0
                                    

Pelancaran jenama baru bagi Syarikat Azka Empire diadakan hari ini. Senyuman papa tidak lekang dari bibir. Akhirnya, jenama Azkati bakal dilancarkan.

Motosikal berkuasa tinggi ini telah mengambil masa yang agak lama untuk direka dan dicipta sama ada dari segi teknologi dan reka bentuk. Papa memang teliti dalam menghasilkan produk kali ini.

Papa cakap ini merupakan tanda maafnya padaku kerana telah melukakan dan mengabaikan aku sebagai anak perempuannya beberapa tahun yang lepas.

Walhal, aku sudah tahu punca papa berbuat sedemikian rupa. Cuma, aku masih dikuasai rasa ego yang tinggi membuatkan aku memilih untuk memberontak dan menjadi orang lain.

Akal menidakkan tindakan yang sewajarnya. Namun, aku tahu ada hikmahnya hidup aku ditakdirkan begini.

Dua hari yang lepas, aku masuk ke dalam pejabat papa untuk meminta maaf atas kesalahan aku.

Papa yang sibuk dengan kertas-kertas yang berada di atas meja. Menyemak dan menandatangani dokumen.

Kepala diangkat melihat aku yang sudah menghampiri meja kerjanya.

"Papa, sibuk?" Aku bertanya.

"Sikit. Kenapa sayang?"

"Sya nak cakap something boleh?"

Pen yang melekat di tangannya tadi diletakkan di atas meja. Mata memandang ke arahku. Badan ditegakkan supaya lebih selesa. Papa mendepakan sebelah tangannya menyuruh aku duduk di hadapannya. Aku terus melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu.

"Apa dia sayang?"

"Sya, nak m-inta maaf. Sya banyak dosa dengan papa. Sya selalu kurang ajar dengan papa. Sya tahu sebab papa buat semua ni. Tapi, Sya pilih untuk tipu diri Sya. Sya pilih untuk benci papa. Sedangkan papa dah selamatkan maruah bunda. Papa dah buat yang terbaik. Mama pun sama. Papa dan mama dah buat yang terbaik untuk bunda. Ayra juga sama. Semua masih layan Sya dengan baik walaupun Sya bersikap kasar dan kurang ajar. Maafkan Sya papa."

Mata papa memandang tepat ke arah aku. Dia berdehem sebelum membalas butir bicaraku.

"Papa dah lama maafkan anak papa. Papa tak pernah salahkan anak papa. Papa tahu tindakan papa agak mengecewakan Sya. Tapi semua yang berlaku sebab papa nak anak papa tak terbeban dengan masalah yang terjadi. Biarlah anak papa bahagia. Itu dah cukup untuk papa. Papa pun nak minta maaf sebab dah rahsiakan hal ini daripada Sya. Sya anak yang baik. Papa tak pernah nak marah sikit pun dekat Sya. Papa minta maaf sebab abaikan anak papa. Papa buat semua ini bersebab sayang," ucap papa panjang. Aku terus meluru ke arah papa. Badan tegap papa aku peluk. Erat. Menghamburkan segala rasa yang aku simpan selama ini. Papa membalas pelukan aku. Menepuk perlahan belakang aku.

"Dah tak mau nangis dah. Nanti tak cantik dah anak papa. Nak jadi isteri orang dah pun. Cengeng lagi lah anak papa sorang ni," usik papa.

Aku hanya mampu tersenyum. Begini kah rasanya berada dalam pelukan seorang ayah? Setelah sekian lama aku tidak merasai hangatnya apabila dipeluk oleh sang ayah.

Selesai sudah misi aku untuk meminta maaf daripada papa secara rasmi malam itu. Kaki terus menuju ke bilik bunda. Pintu bilik diketuk dengan perlahan.

Terjengul wajah cantik bunda dari dalam. Wajah bunda seperti terkejut melihat kedatangan aku di situ. Untuk empat hari aku tinggal di situ, mana pernah aku menegur bunda. Aku masih berperang dengan rasa yang masih aku cuba buang dari hidup aku. Marah. Kecewa. Seperti yang Evren katakan aku perlu maafkan diri aku. Baru aku boleh maafkan orang lain.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang