Aku bangun dari lena yang panjang. Aku memandang di sekeliling bilik. Bukan bilik kami. Suami aku di mana? Aku menuju ke arah pintu gelongsor. Perlahan-lahan aku menolak daun pintu tersebut. Ada gunung-ganang yang menjamu mata coklatku. Cerun. Kenapa macam dejavu?
Dengan pantas aku memusingkan badanku ke belakang. Tombol pintu dipulas menandakan ada orang yang datang. Aku menunggu gerangan tersebut.
"Canim," panggilnya. Nafas lega aku lepaskan. Suami aku.
Apa yang aku alami tadi hanyalah sebuah bayangan bukan realiti. Tapi, Rareesa takkan khinat aku kan?
Tak mungkin. Dia kawan aku. Dia yang banyak tolong aku selama ini. Aku masih percaya yang dia takkan khinat aku. Aku yakin. Aku percaya dia.
"Hey, are you okay canim?" Aku usir bayangan tadi. Aku angguk. Evren menarik aku ke dalam pelukannya.
"Aku ingatkan aku tak dapat tengok kau dah selepas tiga hari yang lepas. Syukur, aku masih diberi peluang nak peluk kau macam ni," ucapnya. Aku hadiahkan senyum manis. Badanku ditolak untuk melihat wajah tampannya.
"Say something canim. I miss your voice," pinta Evren. Tangan kananku mengusap lembut pipinya. Membuang rasa risau di pangkal hati.
"Aku masih boleh nak maki kau Ren." Dia tertawa kecil apabila aku berkata begitu. Pipi aku dikucup lembut.
"My little woman."
"Ren, kenapa kita ada dekat sini?" soalku ingin tahu. Nafasnya dilepaskan. Seperti mengeluh apabila aku menyoal tentang tadi.
"Kita kena larikan diri daripada dalang sebab dekat markas sekarang dah kecoh." Mataku terbuntang luas. Apa yang terjadi sepanjang tiga hari aku tidur?
"Ren, air apa yang kau bagi aku sampai aku boleh tidur sampai tiga hari?"
"Air..." Keningku diangkat sedikit.
"Aku salah bagi air dekat kau. Air itu adalah racun. Racun yang sepatutnya aku bagi dekat dalang. Nasib aku sempat hantar kau dekat hospital."
Aku seperti putus nafas. Mujur aku masih diberi peluang untuk hidup.
"I'm sorry canim." Kata maaf yang terukir di bibir merahnya. Patutlah tadi mukanya seperti bahagia apabila melihat aku sedar. Seperti terlepas satu beban yang dia pikul.
Badan kecilku dipeluk lagi. Ubun-ubun aku dicium lembut. Melahirkan rasa maafnya padaku. Ada cecair jernih yang mengalir di tubir mata. Evren menangis?
"Hey, don't cry. Bukan salah kau," pujukku. Tangan mengusap air mata yang jatuh.
"Aku...hampir bunuh kau. Aku hampir bunuh isteri aku sendiri," jawabnya lemah.
"Tak. Aku masih hidup kan. Jangan salahkan diri sendiri Ren. Kau tak sengaja. Aku maafkan kau," kataku. Aku tahu dia tidak sengaja. Dia panik waktu itu. Keselamatan kami terancam. Takdir yang sudah berkata begitu. Tapi, kami masih di sini. Dia masih ada di hadapan aku. Mata hijaunya masih dapat aku tatap.
"Kalau kau tak sedar hari ini mungkin aku takkan maafkan diri aku canim. Aku suami yang teruk," tempelaknya. Dia menyalahkan diri sendiri?
Dia suami yang terbaik. Dia tak pernah lalai dalam tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Dia juga selalu mengingatkan aku tentang solat. Dia memang sempurna. Tiada cacat cela sedikit pun.
"Don't blame yourself Ren. Kau tak sengaja. Aku masih ada kan dekat depan kau." Tangan mengusap pipinya dengan lembut.
"I'm sorry canim." Kata maaf meniti lagi di bibir merahnya. Aku peluk tubuhnya. Belakang tubuhnya aku tepuk perlahan.
![](https://img.wattpad.com/cover/343104240-288-k28369.jpg)
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...