Bab 1

1K 36 0
                                    

Mayapada Hospital Bandung, Indonesia.

"Mr Arman Akhtar, siapa yang buat abang Ayden sampai terlantar macam ni?" soalku dengan suara naik satu oktaf.

Arman Akhtar, lelaki itu hanya mendiamkan diri apabila aku bertanya tentang abang kandungku. Mama juga hanya mendiamkan diri di sebelahnya.

Hati aku sakit apabila melihat orang yang paling rapat denganku terbaring di atas katil dengan wayar yang berselirat di seluruh badannya. Wajahnya yang tampan kini penuh dengan lebam. Tangannya berbalut. Abang Ayden yang dulu menjaga penampilannya kini terbaring di atas katil. Kaku.

"I'm sorry sayang. Papa tak dapat nak selamatkan abang Ayden. Papa tak tahu nak cakap macam mana dengan Arsya. Papa...," kata Encik Arman Akhtar dengan suara yang agak perlahan.

Bukan kata maaf yang aku mahu. Aku cuma kecewa apabila aku tengok abang Ayden terbaring kaku di hadapan aku. Tapi, perkataan maaf yang keluar daripada mulut Encik Arman Akhtar.

"Excuse me, sejak bila aku ada bapak macam kau? Kau tak payah bahasakan diri kau papa dekat aku. Kau dah lama mati dalam hidup aku. Aku datang sini sebab abang Ayden bukan nak dengar kata maaf daripada kau!" bidasku.

"Kalau aku tahu siapa yang cederakan abang Ayden. Tahulah nasib dia bila aku dah jumpa dia nanti," amaranku keras.

Aku terus menuju keluar pintu. Malas mahu bertentang mata dengan lelaki yang tidak tahu erti tanggungjawab dengan seribu alasan yang dia cipta. Aku duduk di ruang menunggu pesakit.

Fikiranku bercelaru memikirkan penyebab abang Ayden diperlakukan sedemikian rupa. Apa salah abang Ayden? Dia tak pernah ada musuh sepanjang dia menjadi ketua Hawk.

Nampaknya aku kena lakukan sesuatu untuk tahu siapa dalang disebalik semua ini. Setelah sekian lama berperang dengan isi kepala, aku membuat keputusan untuk...

Aku masuk semula ke dalam wad abang Ayden. Aku terus menuju ke arah Encik Arman Akhtar yang duduk di atas sofa di ruang bilik itu.

"Aku akan gantikan tempat abang Ayden untuk cari siapa yang dah buat dia macam tu," kataku dengan nada yang tegas. Tanganku silang di dada.

Dia memandangku dengan pandangan yang tidak puas hati dengan keputusanku yang secara tiba-tiba. Lantaklah! Aku takkan tarik balik kata-kataku tadi. Aku nak balas dendam untuk abang Ayden.

"No!" katanya tegas. Dia bangun dari duduknya. Berdiri di hadapanku kini.

Encik Arman Akhtar memicingkan matanya kearahku. Aku buat tak tahu. Pandangan bertukar lembut.

"Jangan libatkan diri Sya dalam hal ini. Papa tak nak Sya yang jadi mangsa nanti. Cukup abang Ayden yang terlantar dekat sini. Papa tak nak Sya yang jadi mangsa pula nanti. Papa tak sanggup nak tengok kedua-dua anak papa cedera macam ni," ujarnya lembut.

"Aku tak kira. Aku akan cari sampai lubang cacing siapa yang buat abang Ayden macam ni. You know what I can do Mr Arman Akhtar. I'm a woman of my words. So, jangan nak halang aku untuk cari kebenaran dalam hal ni. Aku tak nak abang Ayden sakit free macam tu je," balasku lagi.

"Sya jangan masuk campur dalam hal ni. Biar papa je yang cari siapa dalang dalam hal ni. Sya duduk sini dengan mama tengokkan abang Ayden," arahnya.

"Nak tunggu kau cari? Lambat. Kali ini bagi aku yang turun padang. Aku takkan lepaskan orang yang dah cederakan abang Ayden. Aku akan pastikan dia terima balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat."

Dari tadi mama hanya diam memandang aku dan Encik Arman Akhtar berbalah.
Mama bangun dari duduknya lalu datang ke arahku. Mama memegang bahuku.

"Sayang mama, dengar cakap papa kali ni. Mama tak nak tengok anak mama pula jadi mangsa. Tengok abang Ayden terlantar macam ini buat mama tak kuat nak libatkan Sya dalam dunia papa," pujuk mama.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang