Bab 18

259 15 0
                                    

Bunyi dentuman guruh pada malam ini sangat kuat. Bumi memuntahkan isinya. Aku takut Ya Allah. Aku takut. Badanku menggigil dengan hebat. Rasa menyesal terbit dalam hati apabila aku membuat keputusan untuk keluar rumah tadi.

Aku benci malam! especially when it rain. Rain make me lost. Even the night scare me! Kosong! Jiwaku kosong. Aku takut Ya Allah. Rasa takut menguasai diri. Black Mamba aku parkir di hadapanku. Aku melabuhkan punggung di tepi jambatan. Peristiwa hitam yang sering muncul setiap kali hujan turun. Peristiwa itu seperti ulang tayang di hadapan mataku.

Bezanya kali ini aku melihat diri aku yang diperlakukan seperti binatang. Tanpa belas kasihan. Tangisanku mula pecah. Kaki mula dirapatkan. Tangan memeluk kaki. Muka disembamkan. Aku takut Ya Allah. Acap kali aku berkata ini bukan salah aku. Aku layak untuk bahagia tanpa harus mengingati peristiwa hitam itu. People said past is past, past is nothing. But my past gave me trauma. I can't let go my past just like others. I feel like I can't escaped, I'm trapped. Trauma yang menghantui diri aku buat aku rasa untuk tamatkan saja riwayatku di muka bumi ini. Rahsia ini hanya aku dan Eshal yang tahu. Tanpa orang lain sedar akan lemahnya aku apabila malam menjelma.

Jika bukan masih ada iman yang tersisa di dada. Mungkin aku akan lenyap selepas peristiwa hitam itu. Aku kuat! Aku boleh hadap trauma ini! Aku adalah aku. Orang lain tak akan dapat jadi aku. Aku cuma penat Ya Allah. Bunyi tangisan semakin kuat. Air mataku semakin deras meluncur di pipi seperti air hujan yang mencurah ke bumi sekarang. Hujan yang turun aku hiraukan. Rasa trauma harus dilawan! Belajar untuk hadap trauma kau Arsya. Bukan lemah macam ni!

Bunyi enjin motor di hadapanku buat aku berhenti menangis untuk seketika. Air mata dilap dengan kasar. Aku takut aku akan jadi mangsa kekejaman manusia lagi. Tangan dibawa ke poket seluar. Benda kecil dicari. Apabila sudah dapat apa yang dicari. Aku perlu berhati-hati untuk kali ini. Jangan beri peluang pisang berbuah dua kali. Lelaki! Dia mendekati aku. Aku mula bangun dari duduk. Kaki berundur ke belakang. Berjaga-jaga jika sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Dia semakin maju ke hadapan. Aku berundur setapak demi setapak. Aku berhenti dia turut berhenti melangkah ke arahku. Aku membaling alat kecil yang tajam ke arahnya.

"Arghh," aduhnya kesakitan. Comb knife tadi mengenai tangannya sebelah kiri. Aku melarikan diri setelah itu. Dia mengejarku. Aku terus berlari tanpa menoleh ke belakang. Langkah kaki dilajukan.

"Canim, wait don't run. It's me," kata suara tersebut dengan kuat. Dengan susah payah dia membuka helmet di kepala kerana tangan sebelah kirinya cedera tadi. Macam biasa hanya mata hijaunya yang kelihatan. Mukanya ditutupi dengan buff mask.

Aku berhenti. Jarakku lebih kurang tiga meter. Dia memegang tangannya yang terkena comb knife tadi.

"Kau buat apa dekat sini Ren?" soalku dari jarak tadi.

"Aku nampak motor kau dekat sini. Jadi, aku singgah sini untuk pastikan kau buat apa dekat sini?"

"Habis itu, kau datang macam nak ragut aku dah kenapa?" Marahku padanya.

"I'm sorry canim. Aku nak bergurau je tadi."

Nak bergurau dia cakap?! Kalau aku cederakan dia tadi macam mana? Nak bergurau pun agak-agak lah. Hujan ni!

Mukanya berkerut menahan sakit. Darah menitik ke bawah. Kuat juga aku baling sampai berdarah tangannya. Aku mendekati dia. Baju t-shirt putih yang dipakainya sudah dibasahi dengan cecair merah.

Tangannya yang cedera aku belek. Aku menarik tangannya untuk duduk di tepi. Aku mengangkat tangannya untuk membersihkan lukanya dengan air hujan yang turun. Mukanya berkerut menahan sakit. Darah tadi mengalir dengan perlahan seperti air hujan. Aku membersihkan lukanya. Dia hanya diam melihat kelakuanku.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang