Bab 33

239 12 0
                                    

Dalam masa seminggu kaki aku sudah membaik. Seminggu aku bercuti hanya terperap di rumah saja. Evren pula, dia melakukan segala kerja rumah seperti mencuci baju aku dan dia, memasak, mencuci pinggan dan dia menjaga aku dengan sangat baik. Hal-hal seperti mengemas bahagian dalam rumah yang lain pembantu rumah yang uruskan.

Evren persis suami di luar sana. Terlalu menjaga kebajikan aku walaupun banyak larangannya.

"Canim, tak payah masak."

"Canim, jangan turun tingkat bawah. Biar aku angkat kau."

"Canim, jangan makan yang manis-manis."

"Canim, itu. Canim ini."

Masalahnya kaki aku yang sakit. Nak makan aiskrim pun tak boleh. Kaki aku terseliuh je. Dia layan aku macam aku ini sakit tak boleh nak buat kerja langsung.

Evren yang duduk di ruang tamu aku pandang. Aku menjengketkan kaki. Perlahan-lahan kaki menghampiri dia. Kaki membuat bunyi seminima mungkin. Takut dia dengar.

1 2 3

"Baaaaaa." Tiada respon darinya. Dia hanya tenang. Sedikit pun tidak menayangkan riak terkejut apabila aku menyergahnya.

"Tak terkejut pun." Aku berdecit. Mata digulingkan ke atas.

"Kalau nak sergah aku pun agak-agak lah. Bayang-bayang kau nampak dari cermin tu canim."

Aku terus memandang ke arah cermin yang dia katakan tadi. Macam mana aku boleh lupa yang ada cermin dekat situ. Bijak sangattt!

Aku hanya mampu tayang sengih.

"Come." Dia menepuk ruang kosong di sebelahnya. Aku terus mengikuti arahannya dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Tidak terlalu rapat, masih ada jarak antara kami.

"Kita pergi hospital petang ini. Kau siap-siap dulu."

"Kenapa?"

"Ayden dah sedar."

"Betul ke Ren?" Dia angguk. Aku terus mengucap syukur apabila mendengar khabar gembira ini. Waktu yang aku tunggu-tunggu akhirnya abang Ayden sedar dari koma.

Tak sabar nak tengok wajah abang Ayden yang tampan dan banyak celoteh apabila bersama denganku seperti dulu.

Penantian aku sudah berakhir. Abang Ayden dah sedar.

"Kita naik superbike nak?" soal aku.

"Tak boleh. Kaki kau baru je baik. Tak payah nak lasak-lasak sangat."

"Eh, hari tu kau cakap yang aku boleh pergi dengan kau je kan? Sekarang ini, aku nak ajak kau naik motosikal dengan aku sekali. Bukan aku ride sorang-sorang." Evren sudah geleng kepala. Senyum kemenangan aku hadiahkan buatnya.

"Lagipun ini adalah arahan bukan permintaan. Sekarang ini aku tak kira aku nak kau ikut aku. Naik Black Mamba aku," arah kau lagi.

"No objection!" kataku tegas. Sedikit pun aku tak beri peluang untuk dia bercakap seraya melangkah pergi meninggalkan dia di situ.

Almari dibuka perlahan untuk mencari baju untuk dipakai petang nanti. Kena pakai baju cantik-cantik sebab ini kali pertama aku mahu berjumpa dengan abang Ayden. Satu persatu baju aku angkat tinggi sama ada sesuai atau tak untuk aku pakai nanti.

Bermula dengan baju berwarna biru muda, coklat cair, putih, dan hitam. Kebanyakan baju aku berwarna hitam kerana aku lebih suka warna gelap. Hal ini kerana aku tidak mahu menjadi perhatian orang di sekeliling aku.

Sedang aku sibuk membelek baju-baju yang aku letakkan di atas katil tadi. Bunyi derapan dari arah belakang aku pandang. Wajah tampan Evren aku pandang penuh minat. Senyum dia orak. Gigi taring terlihat sedikit. Comel.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang