Maeza, Rareesa dan Eshal memaksa aku untuk mengikuti parti hari jadi leader kepada geng motor Wolf, Ardan. Dan lagi satu aku kena jadi partner mamat kuda itu. Setelah aku dibebel oleh Eshal, Maeza, Rareesa dan Darwisy untuk menjadi pasangan Mika untuk majlis ini aku terpaksa mengikuti mereka juga.
Jadi aku hanya pasrah kerana parti ini diadakan bukan sekadar parti kata Darwisy. Aku bersetuju kerana ini melibatkan dalang yang aku cari maka aku bersetuju untuk turun padang walaupun aku perlu hadap muka kuda tu!
Parti hari jadi Ardan diadakan di rumah agam The Ardan's. Tema untuk datang ke majlis ini adalah 'Wolf night'. Semua tetamu perlu memakai custom haiwan. Dah macam zoo dah aku tengok.
Ada yang memakai custom katak, kuda belang, dinasour, lembu, zirafah, panda dan banyak lagilah. Sebab itulah aku kata parti ni serupa zoo. Semua haiwan ada. Dah tuan rumah buat tema macam ini. Aku sebagai tetamu kenalah hormatlah kan.
Aku memilih untuk memakai custom harimau. Bukan saja-saja aku memilih harimau tapi aku mahu tahu dalang di sebalik kemalangan abang Ayden. Masalahnya sekarang ini, aku ditinggalkan keseorangan oleh Maeza dengan Rareesa dekat luar! Aku tak tahu apa yang aku buat dekat tepi kolam sekarang ini.
Seorang perempuan datang menghampiri aku. Aku membetulkan mask hitam di muka. Ingat aku senang-senang nak bagi orang tengok muka aku? Hah!
"Hai," sapanya ramah.
Aku hanya diam. Memandang dia dengan pandangan kosong lalu mengalihkan pandangan ke arah air kolam.
"Gue gak pernah liat lo di sini. Orang baru ya?" soalnya.
"Ya, aku orang baru di sini," balasku.
"Ahli Wolf ya? Atau jangan-jangan kamu leader baru Hawk? " tekanya. Bingo! Tekaannya tepat. Aku tak dapat nak sangkal perempuan di hadapanku ini bijak.
Aku memandang tajam ke arah anak matanya. Dia seakan tidak senang duduk dengan tatapanku terhadapnya. Dia berura-ura ingin pergi.
"Kalau gue leader Hawk, lo mau apa sama gue? Ada perhitungan apa lo sama gue?"
"Gu..gue cuma mahu kenalan sama lo." Suaranya bergetar apabila menjawab soalanku tadi. Takut?
"Apa ini benar? Lo enggak punya rencana lain atau perhitungan sama gue?" soalku lagi.
Dia ingat aku tak tahu, aku nampak dia mencurigakan dari tadi. Aku malas nak berbasa-basi. Straight to the point. Senang cerita!
"Gue...cuma mau kasi ini sama lo," katanya dengan menghulurkan sehelai kertas yang dilipat kecil. Tangannya terketar-ketar. Aku menyambut kertas tersebut.
Dia terus melarikan diri setelah menghulurkan kertas tersebut kepadaku. Aku membuka perlahan lipatan kertas tersebut.
Stay or leave?
Surat ugutan ke apa ni? Setakat suruh aku pergi atau stay apalah sangat. Dia ini pengecut ke apa main surat bagai. Kalau berani tunjuklah muka. Ini tak main surat-surat pula.
Kalau orang yang hantar surat ini adalah dalang yang menyebabkan abang Ayden terlantar dekat hospital aku takkan pergi. Dari awal aku pilih untuk berhadapan dengan dia takkan aku nak pergi macam itu je!
Jadi, dia dah tahu kalau aku ambil alih position abang Ayden. Aku kena hati-hati dengan semua orang di sekeliling aku. Darwisy pernah pesan, trust no one even dia orang yang paling dekat dengan kau. Aku rasa manusia lebih menakutkan daripada hantu sekarang.
Realiti! Apa-apa kemungkinan akan berlaku dalam kes ini. Aku cuma terfikir kenapa Encik Arman Akhtar tak nak laporkan kepada pihak polis saja kes ini. Musykil!

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Mistério / Suspense1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...