Bab 37

243 13 0
                                    

Aku mandi di bilik sebelah, malas mahu bertembung dengan Evren. Mungkin rasa serba salah sedikit apabila memikirkan betapa kejamnya aku dengannya tadi. Tapi, bukan salah aku ya. Dia yang cari pasal. Jadi, jangan cuba-cuba buat aku marah.

Kenapa aku perlu marah bila dia bercakap soal perempuan lain? Aku dah jatuh cinta? Nooooo!!!

Kau tak boleh jatuh cinta Arsya. Ingat, kau akan bercerai dengan dia apabila kes abang Ayden sudah selesai. Jangan buang masa mahu bermain soal perasaan.

Paling-paling pun nanti dia akan tegur aku macam biasa kan. Biar je lah.

Selesai aku membersihkan diri, aku turun ke dapur semula. Menolong mama dan bunda menyiapkan apa yang patut. Papa yang baru turun dengan Ayra yang memakai baju tidur barbie itu menarik perhatian aku. Comel. Rasa macam nak peluk. Senyum manis aku berikan pada mereka.

"Kamu seorang je turun Sya. Suami kamu mana?" Tegur papa.

"Ada dalam bilik," jawabku acuh tak acuh.

"Apa tinggal suami dekat atas macam itu je. Pergi panggil cepat," arah papa. Macam mana aku nak panggil menantu kesayangan papa ini. Tau tak tadi anak perempuan papa dah...

Macam mana ni?!! Takut sebenarnya nak jumpa dia. Ini kali pertama aku bersikap kasar dengannya. Sebelum ini ya...tapi ini macam terlebih sikit. Sikit je la. Tak banyak pun.

Agak-agak dia okay tak sekarang ini? Aku cuma tendang sikit je. Err...

"Tercegat apa lagi dekat situ. Naik la atas panggil suami kamu Sya." Aku terkial-kial memegang pinggan di tangan lalu meletakkan di atas meja. Perlahan kaki melangkah keluar dari dapur.

Namun, belum sempat aku mahu menaiki tangga wajah Evren dan abang Ayden turun dengan wajah yang serius. Aku tidak berani menegur hanya menunggu di tangga terakhir.

Sampai saja di tangga di tempat aku berdiri. Evren terus berjalan meninggalkan aku. Tidak seperti biasa. Parah kalau begini.

Aku duduk di sebelah Evren. Diam tidak berkutik namun tangan aku melakukan kerja. Nasi dicedok ke dalam pinggan Evren. Ayam masak kicap kesukaannya aku letak ke dalam pinggannya. Dia hanya memberi pandangan kosong seraya menarik pinggannya. Doa makan dibaca. Semua menjamu selera. Ayra macam biasa akan memainkan peran dia apabila berada di meja makan.

"Kakak, Ayra mau minta sesuatu boleh?" soalnya tiba-tiba. Aku menaikkan kening ke atas.

Semua mata menumpukan sepenuhnya kepada Ayra.

"Ayra pengen teman."

"Jadi?" soalku.

"Ayra pengen teman," ulangnya.

"Bukan dekat school banyak kawan ke? Kau minta dekat aku buat apa?" Buang tabiat agaknya budak ini. Minta kawan dengan aku.

"Bukan itu...maksud Ayra..."

Jeda. Semua menunggu Ayra menyambung kata-katanya.

Tangan kecilnya diletakkan di perutku lalu digosok untuk seketika.

"Teman dari sini," ujarnya selamba. Aku yang mendengar rasa macam mahu melompat. Evren yang sedang minum itu hampir tersembur akibat terkejut.

Papa, mama dan bunda sudah menyimpan senyum. Abang Ayden pula tidak terkecuali.

Abang Ayden sudah kembali seperti dulu. Tidak seperti malam-malam sebelumnya. Dia yang beria mahu turun makan di bawah. Kalau tidak dia akan makan di dalam biliknya sahaja.

Ayra?!! Kenapalah kau cakap benda yang mustahil. Dah la tadi aku tendang bahagian sulit dia. Malam ini pula Ayra minta benda yang bukan-bukan. Evren dari tadi dingin dengan aku. Pandang aku pun tak nak.

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang