1. EVE
Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...
Athena yang mengiau menarik perhatianku. Aku menuju ke arah sangkarnya. Aku menyuruh Eshal menjaga Athena selama tiga minggu ini kerana aku sibuk dengan hal abang Ayden.
Pagi tadi, Eshal menghantar Athena ke mansion abang Ayden. Katanya Athena kurang kasih sayang daripada aku kerana Athena kurang makan belakangan ini.
Jadi, aku bercadang mahu mengajak Athena bersiar-siar petang ini. Sedang aku menyiapkan Athena, Maeza dan Rareesa datang menyapaku. Siap berpakaian untuk keluar berjoging. Topi terletak elok di atas kepala.
"Nak pergi mana siap pakai topi bagai?" soalku hairan.
"Nak ikut kau lah. Nak pergi taman kan?" jawab Maeza. Keningku berkerut. Sejak bila aku bagitahu mereka aku nak keluar? Mereka berdua ini dah masuk kelab Mika ke? Boleh baca isi hati orang.
Aku angguk. Sangkar Athena dibuka lalu Athena dibawa ke dalam pelukan. Bulunya yang gebu buat aku mahu memeluknya lebih erat namun aku menahan diri supaya tidak memeluknya dengan ketat takut dia tidak dapat bernafas pula nanti. Mata birunya aku tatap dengan penuh kasih. Comel!
"Meowwww."
"Ye, mummy sorry ya. Mummy sibuk, bukan terus buang kau. Mummy cuma suruh kau tinggal dekat rumah Yaya je." Kepalanya menggesel-gesel di tanganku. Manja!
Maeza dan Rareesa hanya geleng. Anak mata bertukar ke arah mereka.
"Kau siapkan Athena jap. Aku nak tukar baju." Rareesa mengambil Athena yang berada di pangkuanku.
"Okay," balasya.
Kaki terus melangkah ke tingkat atas untuk menukar pakaian. Solid crop top tank and joggers set aku pakaikan di tubuhku. Topi yang disangkut di cap hanger aku capai lalu lettakkan di kepala.
Aku menuju ke arah mereka bertiga. Athena sudah siap dengan bajunya yang comel.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sejak bila Athena ada dress ini? Aku tak tahu pun. Habislah 'anak' aku. Aku suruh siapkan bukan suruh dia melaram pakai dress bagai. Sah ini kerja Maeza!
Aku meletakkan Athena dalam pet carrier bag. Athena mengiau.
"Kau duduklah dalam tu dulu. Bagi mak cik kau yang bawa kau. Nanti kalau dah sampai aku keluarkan kau dari situ." Athena hanya memandang bawah. Merajuk!
"Ez, kau bawa Athena ini." Maeza menyambut beg tersebut lalu digalas.
Kami bertiga berjalan dari mansion abang Ayden hingga ke taman. Hal ini kerana mansion abang Ayden tidak jauh dari kawasan tersebut. Tidak sampai 15 minit, kami bertiga sudah sampai taman. Banyak juga orang yang berkunjung ke situ. Ada yang membawa keluarga masing-masing untuk beriadah petang.
Aku mengajak mereka berdua ke arah satu kerusi panjang. Penat pula jalan dari mansion tadi. Peluh yang membasahi dahi dilap lembut dengan tangan kanan.