Kereta masuk ke perkarangan villa Encik Arman Akhtar. Papan tanda "The Arman Akhtar" kelihatan. Nafas berat aku hembus. Kalau bukan sebab mama aku takkan jejak kaki ke sini.
Semalam mama pujuk aku untuk datang ke villa Encik Arman Akhtar untuk makan malam. Aku sebenarnya malas nak bersua muka dengan isteri kedua Encik Arman Akhtar. Aku tak tahu apa yang mama fikir sampai sanggup tinggal serumah dengan perempuan itu. Ya, aku ada dua mak sebab ayah aku ini berkahwin dua. Disebabkan ini, hubungan aku dengan ayahku kurang baik. Aku benci ayah aku!
Apabila kereta berhenti di garaj villa tersebut aku buntu. Nak masuk ke tak? Perasaan menyesal terbit di hati. Kenapalah aku boleh setuju dengan ajakan mama? Lama aku duduk di dalam kereta. Berfikir sama ada mahu masuk atau patah balik. Mulut menggigit jari. Buntu!
Setelah berperang dengan perasaan aku membuat keputusan untuk balik. Namun, belum sempat aku mahu menekan pedal minyak pintu kereta aku diketuk. Aku menurunkan cermin tingkap aku. Muncul wajah seorang budak perempuan dengan wajah comot yang dipenuhi dengan coklat dan patung beruang di dalam pelukannya.
"Kakak," panggilnya ceria.
Aku menghembus nafas dengan kasar. Pintu kereta dibuka sebelum aku mematikan enjin kereta. Pintu kereta aku hempas dengan kuat. Aku jeling sekilas budak perempuan itu.
"Ayra Adreena," laung seorang wanita.
Aku memandang ke arah suara itu. Wajah beku aku tayang. Dia menundukkan badannya di hadapanku lalu mendapatkan budak perempuan tadi. Aku terus meninggalkan mereka lalu masuk ke dalam villa tersebut.
Kaki melangkah ke arah ruang tamu. Mata melilau mencari kelibat mama. Punggung dilabuhkan di atas sofa yang berwarna maroon di ruang tersebut. Ruang ini masih sama seperti kali terakhir aku datang ke sini lima bulan yang lepas. Bezanya kali ini aku datang abang Ayden tiada si sini. Sunyi. Aku tak kenal rapat dengan orang lain selain abang Ayden. Mama pula lebih rapat dengan madunya.
Aku tak tahu apa yang mama fikir sampai mama boleh rapat dengan madu dia. Hubungan yang baik antara madu? Wujud lagi ke dalam keluarga orang lain? Hidup berpoligami ini bukan benda senang. Mama aku sebagai isteri pertama Encik Arman Akhtar adalah orang pertama yang aku kenal boleh terima madu dengan baik macam kawan baik sendiri. Mama aku ini memang level dewa. Itu mama aku bukan aku. Nak tunggu aku berbaik dengan mak tiri aku? Lambat lagi!
"Anak mama termenung apa tu?" Kepala menoleh ke arah mama yang baru keluar dari lift. Mama sentiasa cantik di mata aku. Mama yang hanya memakai blouse muslimah labuh dengan skirt labuh itu nampak ayu macam perempuan melayu terakhir.
Senyum aku hadiahkan buat mama. Mama membalas senyumanku. Aku memeluk mama. Rindu! Baru dua hari berjauhan dari mama rasa macam dah lama tak jumpa mama. Hal ini kerana mama mahu mengikut Encik Arman Akhtar balik villa ini berbanding aku yang mahu mengikut balik ke villa mak long. Aku lebih selesa tinggal dengan mak long daripada perlu sebumbung dengan dengan perempuan itu.
"Mama. Kenapa lambat sangat turun. Lama tau tak Sya tunggu," rengekku.
"Alo kesian anak mama ni. Lapar dah ke?Jom kita pergi dapur. Makanan dah siap. Tunggu papa dengan bunda turun." Aku hanya menganggukkan kepala mengiyakan sahaja kata mama.
"Mama." Seorang anak kecil terus memeluk mama. Tiada lagi kesan comot dimukanya. Pipinya yang tembam dan kemerahan seperti tomato. Comel!
"Kakak, Ayra kangen sama kakak." Dia melepaskan pelukannya dari mama. Dia mahu memelukku tetapi aku bergerak ke tepi untuk mengelak. Tangan disilang didada.
Dah lah peluk mama aku. Lepas tu, ada hati nak peluk aku! Dah tahu ada mak tu peluk lah mak sendiri jangan nak peluk mak aku. Tak cukup ke dah rampas ayah aku. Mak aku pun kau nak kebas ke? Jijik tahu tak!

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...