Bab 41

265 14 1
                                    

Kereta berhenti di bahu jalan. Mukanya masih serius seperti tadi. Evren membuka pintu kereta dengan kasar lalu keluar. Aku hanya mendiamkan diri. Pintu kereta dibuka. Aku masih mematungkan diri di tempat dudukku. Hembusan nafas kasar dilepaskan sebelum dia menarik tanganku dengan lembut. Aku hanya mengikuti dia dari belakang.

Dia berhenti menarikku. Kami tiba di suatu tempat yang agak asing bagiku. Kami masuk ke dalam tempat tersebut. Terdapat satu gelanggang yang sederhana yang dikelilingi pagar besi jaring. Aku memandang wajahnya dengan pelik. Mukanya tidak seketat tadi. Mata hijaunya yang redup aku pandang. Tanganku masih berada dalam genggamannya.

"Ren, kita buat apa dekat sini?" soalku ingin tahu.

"You can break whatever you want. Aku nak kau lepaskan semua perasaan yang terbuku dekat hati kau. Kalau kau nak pukul aku. Pukullah. Aku izinkan. Sebab aku tahu apa yang aku buat tak setimpal apa yang kau rasa."

Mataku terbuntang luas apabila dia berkata begitu. Tadi bukan dia marah aku ke? Dia suruh aku pecahkan apa yang ada dekat sini? Dia suruh aku lepaskan perasaan aku dengan semua benda ni? Okay. I will do like you said encik suami.

Aku melepaskan tanganku dari genggamannya. Aku mengambil baju yang berwarna merah jambu dan memakai topeng muka lut sinar yang diletakkan tidak jauh daripada gelanggang tersebut. Aku masuk ke dalam gelanggang tersebut. Aku mengambil kayu besbol dan mengambil botol kaca lalu diletakkan di atas tong besi. Aku memukul botol tersebut dengan sekuat hati seperti perasaan aku yang bercampur-baur tadi. Botol tersebut pecah berderai jatuh di atas gelanggang tersebut.

Aku memandang wajah Evren di luar gelanggang. Senyuman dia hadiahkan buatku. Aku mengulangi perbuatan itu berkali-kali sehinggalah habis botol kaca aku pecahkan. Evren hanya diam. Dia masih leka memandangku.

Aku keluar dari gelanggang tersebut lalu menghampiri Evren dan berdiri betul-betul di hadapannya. Tiada ruang sedikit pun antara aku dan dia. Aku terus memukulnya dengan tangan kanan aku. Dia cuma pasrah dengan kelakuanku. Tangisanku pecah jua akhirnya. Sekali lagi, air mataku jatuh. Tadi di hadapan adiknya sekarang di hadapan abangnya. Perasaan aku benar-benar rapuh. Dia memelukku. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan namun pelukannya kian erat. Tangan memukul dadanya. Dia menarik tanganku lalu mencium tanganku. Lama. Tangan kasarnya mengusap air mataku.

Perlahan dia menolak tubuhku supaya dia dapat melihat wajahku. Aku memandang mata hijaunya.

"Canim, aku minta maaf sebab salah aku. Dari awal aku tahu semua ini memang salah tapi kau kena tahu apa yang aku buat ini untuk jernihkan hubungan kau dengan papa. A-ku minta maaf."

"Aku tahu memang aku kahwin dengan kau sebab papa tapi aku tak pernah tipu soal perasaan aku. Papa ugut aku. Kalau aku tak kahwin dengan kau papa akan bagitahu kau yang aku adalah orang yang langgar kau enam tahun yang lepas."

Satu lagi kenyataan yang aku baru tahu. Dia adalah orang yang langgar aku malam itu. Aku masih ingat. Lepas kejadian hitam tersebut aku ada dekat hospital. Aku lupa akan kemalangan tersebut. Lelaki yang langgar aku dengan superbike merah. Mata hijaunya yang merenung irisku. Mata yang aku lihat untuk kali terakhir malam itu. Kenapa aku boleh lupa? Dan paling aku tidak sangka dia adalah lelaki yang berdiri di hadapanku sekarang.

"Kau jahat Ren! Kenapa kau tipu aku? Kau tahu lepas peristiwa hitam tu, aku takut. Kalau aku tak fikir panjang aku tak kan ada hari ini."

"Canim, aku minta maaf. Bukan aku tak nak jumpa kau selepas kemalangan tu. Aku takut. Kalau aku yang jumpa kau selepas kemalangan itu kau akan benci aku. Mujur luka kau tak teruk malam itu. Aku cari kerabat paling dekat dengan kau. Dan aku jumpa nombor Ayden adalah orang terakhir kau telefon. Aku bagitahu Ayden tentang aku yang terlanggar kau malam tu."

EVE [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang