Pagi itu kecoh satu markas The Hawk. Anak buah aku memberitahu aku yang mereka dapat satu parcel yang berisi satu kad. Kad yang sama daripada dalang.
Sampai saja aku di markas, aku cepat-cepat menuju ke tandas untuk membasahi kad tersebut. Huruf yang timbul adalah huruf G. Huruf yang agak lain daripada sebelum ini. Susah untuk aku rungkai setiap huruf ini. Ada apa dengan setiap huruf yang dalang berikan. Aku semakin buntu.
Rareesa betul. Tekaan dia memang betul. Jadi, dia memang bijak dalam membaca dalang. Kena cari Rareesa kalau mahu tahu perkataan yang diberikan. Hanya dia yang tahu.
Rareesa yang mahu masuk ke dalam bilik hujung itu aku tarik. Dia mengikuti langkahku ke arah satu ruang kecil di antara tandas dan bilik itu.
"Apa yang kau cakap semalam memang betul. Huruf yang hilang adalah G." Baru semalam kami membahas soal kad ini.
"Reesa, kau tahu perkataan apa di sebalik enam huruf ini?" Rareesa sudah senyum sinis.
"Perkataan yang dalang maksudkan adalah..." Aku masih setia menunggu Rareesa menyambung kata-katanya.
1.K
2.O
3.B
4.N
5.O
6.G"Kalau digabungkan menjadi BONGKO." Perkataan apa pula ni? Aku sama sekali tidak pernah dengar perkataan ini.
"Maksud dia apa?" soalku lagi. Hati sudah tidak tenang.
"Artinya mati. Orang jahat yang sudah mati yang dibakar di neraka. Bahasa kasar merujuk kepada seseorang yang sudah meninggal dunia dalam bahasa jawa."
Jadi, dalang mahu aku mati. Perkataan itu seperti menusuk hulu hati. Penyiksaan yang dia berikan padaku buat aku takut. Setiap ugutan membawa maksud yang mendalam. Nyawa aku seperti di hujung tanduk.
"Macam mana kau tahu Reesa?"
"Aku cari maklumat ini dalam seminggu juga. Untuk gabungkan setiap huruf itu boleh buat jadi gila."
"Sampaikan satu hari aku nak lupakan seketika stress aku ni, aku tengok cerita satu cerita yang melibatkan kematian yang terdapat di suku Jawa. Dan perkataan itu dia ada sebut dalam movie tu. Dan, aku baru sedar yang huruf-huruf yang ada pada kita adalah pecahan huruf perkataan itu."
Rareesa sememangnya penyelamat aku. Dia lebih tahu berbanding aku. Dia lakukan semuanya untuk aku. Untuk kami. Senyum kecil aku berikan pada dia. Bahu dia aku tepuk.
"Terima kasih Reesa. Kau selalu jadi petunjuk bagi aku. Kalau tak ada kau. Aku tak dapat nak pecahkan teka-teki ini."
"No hal la. Small matter. Aku jadi watak utama dalam kes ini okay?" Mata dikenyitkan seraya senyum manis di hujung bibir.
"Mana boleh. Aku watak utama dalam kes ni. Kalau nak kau buat cerita kau sendiri." Tawa halus lepas dari bibir kami.
***
Aku mengarahkan semua masuk ke dalam bilik tempat kami berkumpul dahulu.
"Morning ahli Hawk sekalian," sapaku membuka bicara setelah sekian lama tidak berjumpa mereka.
Mereka membalas ucapanku. Seperti biasa orang pertama yang aku cari adalah Aariz Wafiy.
"Wafiy di mana?" soalku. Semua memandang sesama sendiri.
"Ada tadi. Kayaknya dia lagi ke toilet," kata seorang lelaki.
"Baiklah. Kalian tahu kenapa gue mahu ketemu kalian setelah dua bulan kita enggak bertemu."
"Tahu," jawab mereka serentak.
"Dalang semakin hampir dengan kita. Kita enggak bisa berdiam diri lagi. Kita harus sama-sama hadapi kasus ini sampai selesai. Co-leader juga udah bantu kita."

ANDA SEDANG MEMBACA
EVE [COMPLETE]
Misteri / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...