Bab 51

264 12 0
                                    

"Abang, Sya nak minta izin keluar boleh?"

"Canim nak pergi mana pagi-pagi ni?"

"Er- Sya nak pergi jumpa Aysel nak booked hotel untuk dia. Dia kata dia nak datang sini nanti." Dada sudah berdebar lain macam. Maafkan saya encik suami.

"Kenapa tak suruh dia tidur rumah kita je canim? Rumah kita punyalah  banyak bilik kosong."

"Sya dah ajak tapi dia tak nak. Dia cakap dia tak nak susahkan kita abang. Sya pun tak nak paksa dia."

"Sya janji Sya balik sebelum kita pergi check up dekat hospital. Boleh ya abang..." kataku dengan suara yang meleret.

"Ya lah. Jangan lama sangat canim. Nak abang hantar tak ni?"

"Tak pa, Sya naik grab."

"Okay," jawabnya sepatah.

"Terima kasih abang," kataku lalu memeluk tubuh tegapnya.

Baju dikemaskan dihadapan cermin. Lip balm dioles sedikit di bibir. Tangan dan pipi Evren aku cium. Senyum aku ukir sebelum keluar dari bilik kami.

Grab yang aku pesan tadi sudah menunggu di hadapan rumah. Rak kasut dituju lalu wedges aku kenakan di kaki kecilku.

Sampai saja di pintu hospital, seorang jururawat di kaunter aku pandang.

"Selamat pagi, Doktor Raid ada?" soal aku.

"Ada mbak," jawab juruwat itu.

"Terima kasih," ucapku. Aku terus meninggalkan juruwat itu lalu pergi ke bilik Raid. Pintu diketuk namun tiada sahutan daripada dalam lalu aku memulas tombol pintu dan masuk ke dalam.

Wajah Raid yang leka memandang dokumen di tangannya itu mula mengangkat wajahnya apabila melihat aku sudah berada di hadapannya.

"Eh, Sya. Kau buat apa dekat sini?"

"Lelaki mata hijau tu tak ikut sekali ke?" soalnya bertubi-tubi.

"Tak, aku nak minta tolong kau untuk confirmkan sesuatu," balasku. Keningnya dinaikkan.

"Aku nak buat pregnant test." Raid Nadhif menganggukkan kepala.

Telefon di sebelah kanan di tekan lalu memanggil jururawat datang untuk memeriksa keadaan aku. Tidak menunggu lama, datang seorang jururawat yang comel ke arahku.

"Ikut saya puan." Aku hanya mengikuti langkahnya untuk membuat ujian air kencing.

Setelah selesai, aku kembali ke dalam bilik Raid. Aku duduk berhadapan dengannya. Beberapa minit kemudian, terpancar wajah bahagia miliknya.

"Positif ke negatif?"

"You're pregnant Arsya," ucapnya.

Aku mengucap syukur. Evren benar. Aku mengandungkan anak pertama kami. Nyawa kami. Terima kasih Ya Allah. Air mata mula merembes sedikit dari tubir mata. Terharu dengan berita ini. Tak lama lagi aku akan bergelar seorang ibu dan Evren bakal bergelar ayah.

Tak sabar nak bagitahu suami aku tapi aku kena rahsiakan dulu berita gembira ini. Aku mahu beri kejutan padanya. Akal jahat aku mula merencanakan sesuatu. Sisa air mata aku lap menggunakan jari.

"Raid, aku nak minta tolong sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Tolong rahsiakan perkara ini daripada suami aku."

"Sebab?" soalnya musykil.

"Aku nak bagi kejutan dekat dia. Kau ikut je rancangan aku boleh?"

"Kau ni kalau tak buat kerja gila tak boleh ke Sya? Ya lah aku ikut. Apa dia?" Aku sudah senyum jahat di hadapannya.

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now